Masalah Mulut Berbau Di Bulan Ramadan, Ini Punca Utama Patut Ketahui

Masalah Mulut Berbau Di Bulan Ramadan, Ini Punca Utama Patut Ketahui

Berdasarkan kajian daripada pakar pergigian, lebih kurang 25 peratus daripada populasi berdepan dengan masalah mulut berbau. Salah seorang dalam setiap empat orang akan mengalami masalah itu.

Dr. Wan Nur Alwani An Abdul Aziz merupakan seorang Pakar Pergigian Periodontik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengatakan seseorang itu mengalami masalah mulut berbau disebabkan beberapa faktor.

Masalah Mulut Berbau Di Bulan Ramadan, Ini Punca Utama Patut Ketahui
Sumber: IDN Times

Pertama, kaedah penjagaan mulut yang salah menyebabkan masalah gusi atau gigi. 90 peratus populasi sebenarnya mengalami penyakit gusi tanpa menyedari merupakan penyumbang utama kepada masalah mulut berbau serta masalah gigi.

“Sebelum diagnos gigi, perlu berjumpa dengan pakar pergigian terlebih dahulu. Simptom biasa berlaku apabila seseorang memberus gigi dan mengalami gusi berdarah. Lebih teruk lagi jika gigi makin jarang, gusi semakin turun, maka gigi akan kelihatan panjang,” jelasnya.

Gigi yang tidak diberus dengan sempurna juga menjadi punca mulut berbau, tambah Dr. Wan Nur Alwani.

“Mengapa mulut berbau? Plak atau tahi gigi yang sentiasa terbentuk walaupun selepas kita memberus gigi merupakan tempat bakteria membiak. Ramai beranggapan bahawa plak dengan sisa makanan yang tertinggal dalam mulut adalah benda sama. Namun begitu, ia adalah dua perkara yang berbeza.”

Walau bagaimanapun, punca nutrien kepada bakteria bagi menghasilkan gas-gas yang tidak menyenangkan adalah melalui daripada makanan yang kita makan,” ujarnya lagi.

Kekurangan air liur juga merupakan punca mulut berbau, tambahnya lagi. Selain mengandungi antibodi untuk membunuh bakteria dalam mulut, air liur juga berfungsi bagi mencernakan makanan. Berikutan itu, ia merupakan agen pembersih semula jadi disebabkan sifatnya yang basah.

“Keadaan fisiologi atau semulajadi badan kita akan mengalami kekurangan air ketika berpuasa. Kekurangan meminum air akan mengurangkan air liur dan seluruh badan terhidrasi. Secara tidak langsung, semua sistem mekanisma pertahanan dalam badan turut berkurangan.

Bakteria akan mudah terkumpul. Sebagai contoh, ketika kita bersahur pagi tadi kemudian tidak memberus gigi dan sisa makanan yang tertinggal pasti ada.

“Air liur tidak dapat membasuh bakteria dalam mulut kerana jarang bercakap menyebabkan bakteria yang ‘duduk’ di permukaan lidah dan gusi akan menghasilkan sulfur yang akan mengeluarkan bau,” jelasnya lagi.

Setiap individu dinasihatkan perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua hari sekali. Selain itu, mengamalkan ubat kumur untuk bakteria yang terdapat di dalam mulut agar dapat mengatasi masalah mulut berbau.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca