Sekiranya aktif di media sosial, anda pasti pernah melihat video memaparkan sekumpulan lelaki yang memilih untuk memasak dan menjamah mi segera dalam singki bilik air.
Mereka dipercayai melakukan tindakan tersebut ketika menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana terlalu lapar dan gagal mendapatkan mi cawan segera.
Hotel itu juga didapati tidak menyediakan sudu atau mangkuk. Apa yang membuatkan individu-individu dalam video tular itu dikecam hebat kerana mereka turut berkongsi pengalaman menjamah mi segera di dalam bilik air.
Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, mi segera itu tawar kerana jumlah air yang banyak digunakan untuk memasak makanan berkenaan. Walaupun begitu, rakan individu itu habis menjamah mi segera tersebut.

Selepas video terbabit tular, tindakan sekumpulan lelaki dalam video itu membuatkan warganet geli membayangkan bagaimana mereka boleh menjamah mi segera dalam singki bilik air sedangkan ia kerap digunakan untuk membersihkan diri.
Orang ramai juga berasa hairan ketika mengetahui bagaimana kumpulan ini sanggup menjamah mi segera di bilik air selepas gagal mendapatkan mi cawan segera.
Apa-apa pun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengikuti aksi yang dilakukan dalam video tersebut kerana dikhuatiri makanan yang dijamah mengandungi kuman yang berada pada singki berkenaan.
Tips makan Maggi dalam hotel kalau tak ada mangkuk. pic.twitter.com/QfuIXK7Rsw
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) January 2, 2022
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: