Masak Makaroni Keju Terbesar Di Dunia, Syarikat Ini Catat Rekod Baharu

Sebuah syarikat makanan yang berpangkalan di Idaho, Amerika Syarikat memecahkan Guinness World Records dengan memasak hidangan makaroni keju (mac and cheese) seberat 2,150.9 kilogram (kg).

Berdasarkan akaun media sosial syarikat Schreiber Foods, mereka mengumumkan telah berjaya memecahkan rekod makaroni keju terbesar apabila makanan itu dihidang dan diperiksa oleh seorang juri Guinness World Records di kilangnya yang berada di Logan.

Makaroni keju tersebut memecahkan rekod hidangan yang sama seberat 1,119.9 kg yang dipecahkan oleh Cabot Creamery Cooperative dan Chef John Folse & Company di New Orleans pada tahun 2010.

Sumber: Instagram @schreiber_foods

Ramai orang menghadiri hari bersejarah itu termasuk pekerja dan ahli komuniti yang berkumpul di luar kilang mereka untuk mengambil bahagian dalam keseronokan dan menikmati hidangan itu.

Menurut penganjur, percubaan pertama pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana penerbangan juri ditangguhkan.

Percubaan kali kedua pula dibatalkan kerana mereka menggunakan susu bergaram. Pegawai berkata, peraturan Guinness World Records memerlukan setiap ramuan ditambah secara berasingan.

“Ia perlu disahkan dan diluluskan terlebih dahulu untuk resipi dan nisbahnya.

“Kami perlu melihat bahawa semuanya dilakukan dalam keadaan bersih supaya anda semua selamat untuk makan hidangan makaroni keju ini,” kata juri, Brittany Dunn ketika mengumumkan kejayaan rekod tersebut.

Hidangan makaroni keju itu kemudian dihidangkan kepada ratusan individu yang mula beratur pada awal tengah hari untuk merasai makanan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca