Masak Alat Kelamin Sendiri, Ini 5 Cara Kematian Paling Tragik Dan Tidak Masuk Akal Dalam Sejarah Manusia

Banyak berita kematian yang kita tonton di kaca televisyen atau media sosial yang meninggal dunia akibat penyakit, kecelakaan, pembunuhan dan ada juga yang bunuh diri sendiri. Namun, wujud juga mereka yang meninggal dengan cara paling tragik dan lain daripada yang lain.

Berikut kami kongsikan lima kisah yang dapat memberikan gambaran kepada anda cara kematian paling tragik dan tidak masuk akal.

1. Isadora Duncan

Isadora merupakan seorang penari yang lahir di San Francisco. Dia mengembangkan lagi kariernya itu di Paris dan telah membuka tiga sekolah tarian. Namanya terukir di pintu masuk teater terkenal iaitu Theathre Des Champs-Elysees.

Wanita ini mati dalam keadaan tragik apabila hujung selendang yang diselempangkan di bahagian tengkuknya tersangkut di roda kenderaan yang dinaikinya. Isadora menjerit kesakitan sehinggalah pemandu kenderaan tersebut terdengar jeritan Isadora.

Secepat mungkin bantuan perubatan dipanggil namun Isadora telah meninggal dek jerutan selendang tersebut yang menyebabkan dia terbunuh serta-merta.

2. Francis Bacon

Francis Bacon adalah seorang ilmuwan dan falsafah. Dia adalah antara ilmuwan yang mati akibat eksperimennya sendiri. Pada tahun 1624, dia mendapat idea untuk tidak mengawet makanan dengan menggunakan garam ketika musim sejuk sebaliknya meletakkan makanan itu di dalam ais salji yang sejuk membeku.

Francis meletakkan seekor ayam di dalam ais salji tersebut namun rancangannya gagal di mana ayamnya itu tidak membeku. Kerana cuaca yang sangat dingin, Francis telah diserang pneumonia secara tiba-tiba.

Francis bertindak memanggang dan memakan ayam eksperimennya itu lalu mati dek keracunan.

3. Sharon Lopatka

Sharon Lopatka adalah wanita yang ketagihan seks dan bertindak gila dengan memasang iklan seks di status peribadinya.

Iklan itu memaparkan dia sedang mencari seorang sukarelawan yang bersedia untuk menyeksa dan membunuhnya atas alasan ingin memenuhi nasfu seksualnya.

Tidak masuk akal, bukan?

Wanita ini akhirnya dihubungi oleh seorang lelaki bernama Robert Glass dan saling bertukar e-mel. Mereka bersetuju untuk bertemu di bahagian utara Carolina. Glass menyeksa Sharon selama beberapa hari sebelum menjerut wanita itu dengan seurat benang nilon.

Kes Glass dan Sharon ini dibicarakan sebagai pembunuhan sukarela.

4. Bernd Jurgen Brendes

Semuanya bermula dengan seorang lelaki biseksual bernama Armin Meiwes, seorang rakyat Jerman yang bertindak memuat naik sebuah iklan di Internet. Iklan itu memaparkan Meiwes dia sedang mencari seorang lelaki biseksual yang lain dan yang bersedia untuk dimakan olehnya

Akhirnya, Meiwes dihubungi oleh seorang lelaki yang turut biseksual seperti dirinya iaitu Bernd Brandes. Mereka bertemu di sebuah villa kecil di Roteburg, pada Hari Krismas iaitu 25 Disember 2001.

Brandes memaksa Meiwes menggigit sehingga putus alat kelamin lelakinya namun tidak berhasil. Akhirnya, Meiwes menggunakan pisau untuk memotong alat kelamin Brandes. Mereka berdua memasak alat kelamin yang sudah terpotong itu dan menjadikan ia sebagai santapan malam mereka.

Brandes kemudian dibunuh dan disimpan dalam rumah Meiwes sebagai bekalan makanan selama 10 bulan. Semua proses itu dirakam dalam sebuah video peribadi milik Meiwes.

Meiwes akhirnya ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun. Meiwes percaya bahawa ada lagi sekitar 800 orang kanibal yang tinggal di Jerman.

5. Aeschylus

Aeschylus adalah seorang seniman yang karyanya masih diingati sehingga kini. Ketika dia mengunjungi Gela di Pulau Sicily, terjadilah peristiwa sadis terhadap Aeschylus.

Seekor burung telah helang menjatuhkan seekor kura-kura pada kepala botak Aeschylus. Kebiasaannya, burung helang memang akan menjatuhkan makanan sambarannya yang dilindungi cengkerang ketika terbang tinggi bertujuan untuk memecahkan cengkerang tersebut lalu memakan isi daging yang terdapat di dalamnya.

Namun, malang bagi Aeschylus apabila burung tersebut menyangka kepala botak Aechylus adalah sebuah batu dan menjatuhkan kura-kura itu tepat di atas kepala lelaki tua itu.

Kerana faktor ketinggian dan kekerasan cengkerang itu, Aeschylus cedera parah sebelum disahkan mati akibat keretakan tengkorak kepalanya.

Walaupun peradaban manusia semakin maju dan canggih, manusia juga semakin hilang akal apabila bertuhankan nafsu sehingga merancang pembunuhan diri sendiri dengan nafsu seks yang kemuncak.

Bagaimana pendapat anda?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca