Perbezaan Masa Di Sabah Sarawak, Ini Sebab Kenapa Masa Semenanjung Diawalkan 30 Minit

Ramai yang tidak tahu ketika zaman pentadbiran Tun Mahathir, beliau telah membuat pelbagai perubahan yang cukup besar dalam sejarah Malaysia.

Antaranya dengan menukar masa di semenanjung Malaysia ini untuk diselaraskan sama dengan Sabah dan Sarawak pada ketika itu.

Pada malam bersejarah 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia keluar menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit jam 12 tengah malam.

Peristiwa bersejarah ini disaksikan oleh rakyat di semenanjung Malaysia. Hal ini kerana sebelum peristiwa bersejarah itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak selaras. MB yang digunakan adalah GMT+7.30.

Manakala, MT menggunakan GMT+8. Melalui penyelarasan masa ini, segala urusan rasmi kerajaan menjadi lebih mudah.

Persamaan masa yang dibuat oleh Tun Mahathir ini menjadi titik tolak perubahan bagi masa yang sedang kita jalani sekarang di Malaysia.

Beliau telah memilih GMT+8 sebagai Waktu Piawai Malaysia(WPM). Ini disebabkan MT memang sudah menggunakan GMT +8. Oleh itu, hanya di MB sahaja yang terlibat dengan penukaran masa ini.

Ketika keputusan untuk penukaran masa ini dibuat, ramai yang mempertikaikan tindakan Tun Mahathir. Namun, beliau tetap dengan keputusannya dan penukaran masa ini kekal sehingga ke hari ini.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca