Marvel Studio mengumumkan, filem superhero Asia pertama iaitu Shang-Chi bakal diterbitkan.
Shang-chi merupakan watak dalam komik Marvel yang mengisahkan seorang adiwira yang berketurunan China dan Amerika Syarikat. Marvel Studio juga telah melantik Destin Daniel Cretton untuk mengarah filem superhero Asia pertamanya.
Terbitan yang julung kali diterbitkan oleh Marvel itu juga akan menampilkan watak Asia sebagai teraju utama filem itu nanti.
Namun watak asia yang akan dipilih sebagai teraju utama masih belum lagi diputuskan. Tarikh penggambaran juga masih belum lagi didedahkan.
Kepada peminat komik Marvel jangan lupa untuk selalu ikuti update berkenaan filem terbaru ini.
Sumber: