Marriott International Bakal Buka 3 Lagi Hotel Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Marriott International bakal membuka 3 lagi rangkaian hotelnya di Malaysia sebagai langkah memperkukuh kedudukannya di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi untuk Asia Pasifik (tidak termasuk Tanah Besar China) Rajeev Menon berkata, langkah tersebut sebagai tambahan kepada 27 hotel sedia adanya yang telah beroperasi di negara ini dan disokong oleh asas kukuh bagi pasaran Malaysia.

“The Westin Desaru Coast Resort dijangka beroperasi April depan manakala Four Points by Sheraton yang terletak di sekitar Petaling Street dan Fairfield by Marriott yang berlokasi di Bintulu Paragon dijangka beroperasi pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Walaupun permintaan terhadap pelancongan menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi, namun dalam masa jangka panjang ia tidak bermakna industri ini tidak menarik terutamanya pasaran di Malaysia.

“Malaysia tetap menarik terutamanya bagi masa jangka panjang, disokong oleh ekonomi Asia serta pertumbuhan perjalanan antara Asia. Terdapat pertumbuhan memberangsangkan dalam perjalanan masuk dan keluar di pasaraan Asia serta pasaran ASEAN dan faktor domestik di Malaysia masih utuh kerana semakin ramai orang berkeinginan untuk melancong.” ujarnya lagi.

Rajeev Menon berkata, syarikat hospitaliti itu kini mengendalikan 14 jenama di bawah pengendaliannya termasuk 7 hotel mewah di Malaysia yang menyasar pengunjung liburan.

Malah, syarikat itu bakal membuka 2 lagi hotel menjelang tahun 2020 iaitu Courtyard by Marriott di Melaka dan sebuah lagi di Lembah Klang. Seterusnya, meneroka hotel gaya hidup di bawah jenama Moxy by Marriott yang menyasarkan pelancong berbajet sederhana dan rendah.

Moxy yang dijadual beroperasi di Putrajaya dalam tempoh 2 tahun lagi kerana kini masih dalam pembinaan. Dalam pada itu beliau berkata, pelan pengembangan tempatan tersebut adalah selaras dengan matlamat Marriott International Asia Pasifik untuk meningkatkan portfolio operasi semasanya sebanyak 1,000 hotel mejelang akhir 2020.

Sejumlah 25.8 juta pelancong luar mengunjungi Malaysia pada tahun lalu dan Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong dengan perolehan RM100 bilion pada tahun 2020 melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Artikel Lain Untuk Di Baca