“Semua Salah Marketing,” Pesta Buku Selangor 2020 Dikatakan Hambar, Warganet Berhujah Tentang Isu Pemasaran

Pada 27 Februari lalu, telah berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Acara yang berlangsung selama 12 hari itu diadakan bermula dari jam 10 pagi sehingga 9 malam pada hari bekerja dan 10 pagi sehingga 10 malam pada hari Sabtu dan Ahad.

Meskipun sudah masuk hari ketujuh Pesta Buku Selangor 2020 ini berjalan, jumlah kehadiran orang ramai dikatakan sedikit mendukacitakan terutamanya pada hari bekerja.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang penulis iaitu @JarrNadjmuddean di laman sosial Twitter, Pesta Buku Selangor dilihat sepi tanpa ada pengunjungnya.

Ciapan tersebut menjadi tular di laman sosial berkenaan dan rata-rata warganet menyalahkan teknik pemasaran pihak penganjur yang gagal mempromosikan acara tersebut sekali gus menjadikan Pesta Buku Selangor 2020 tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Tinjauan kami di ruangan komentar mendapati bahawa ada segelintir yang mengaku bahawa mereka langsung tidak tahu tentang perihal pesta buku tersebut. Berikut kami kongsikan beberapa coretan daripada warganet:

Malah, turut ada seorang pengguna Twitter yang tampil membuat undian tentang sebab utama mengapa sambutan orang ramai terhadap Pesta Buku Selangor 2020 sangat hambar.

Seperti yang didakwa rata-rata warganet, undian tersebut juga membuktikan bahawa ramai yang tidak tahu tentang Pesta Buku Selangor 2020. Majoriti iaitu 87 peratus daripada 331 undian mengakui yang mereka tidak tahu-menahu berkenaan pesta buku itu.

Sementara itu, ada juga segelintir yang mempersoalkan waktu foto tersebut diambil kerana dikatakan pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan yang diterima cukup hangat.

Sementara itu, berbaki 23 hari lagi, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 akan membuka tirai acara dengan 750 buah reruai bakal menjadi gelanggang para pempamer buku selama 10 hari di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur bermula 27 Mac sehingga 5 April 2020.

Tinjauan kami mendapati bahawa setakat ini, hebahan dan promosi PBAKL 2020 telahpun dijalankan menerusi pelantar digital dan media sosial seperti Instagram, Facebook Twitter dan juga YouTube. Buka sahaja mana-mana media sosial, pasti akan kelihatan hantaran mengenai PBAKL 2020 bukan sahaja di akaun penganjur tetapi juga rakan media yang lain, penerbit dan para penulis.

Tinjauan kami di media sosial juga mendapati bahawa pihak penganjur turut menyenaraikan 10 elemen keterujaan PBAKL 2020 pada tahun ini dengan harapan dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Malah, promosi PBAKL 2020 turut dibuat menerusi stesen televisyen dan radio termasuklah Media Prima, RTM dan Ikim FM untuk promosi hebahan yang lebih meluas.

Difahamkan, pemasangan papan iklan (billboard) untuk mempromosikan PBAKL 2020 juga sedang dalam proses pemasangan di beberapa lokasi dalam masa terdekat.

Apa-apa pun, pemasaran paling berkesan sebenarnya datang daripada orang awam iaitu menerusi promosi secara verbal (word of mouth) dan perkongsian di laman sosial masing-masing. Oleh itu, sama-sama kita bantu untuk menghebahkan PBAKL 2020 kepada orang ramai dengan berkongsi poster rasmi atau mana-mana artikel yang berkaitan dengan hari raya pencita buku ini bersama tanda pagar #PBAKL2020. Diharapkan dengan hebahan bersepadu daripada pihak terbabit dan orang ramai, PBAKL 2020 akan berjaya menarik ramai pengunjung seperti yang telah disasarkan.

Sedikit selingan buat para pembaca, team Lejen TV ada membuat satu video prank sempena PBAKL 2020 di mana kami telah pergi kepada beberapa individu untuk bertanyakan soalan, “Bro penulis buku, kan? Nak sign!” Sama-sama kita saksikan reaksi mereka dengan menonton video penuh di bawah:

Untuk mendapatkan kemas kini terbaharu tentang PBAKL 2020, anda boleh pergi ke laman sosial rasmi PBAKL di FacebookInstagram dan Twitter.

Jumpa anda di PBAKL 2020 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bermula dari 27 Mac sehingga 5 April ini!

Untuk membaca artikel lain berkaitan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca