Mari Ketahui Sejarah Logo Syarikat Apple

Syarikat Apple mula ditubuhkan pada tahun 1976 di Cupertino, California, Amerika Syarikat. Artikel ini akan membongkar rahsia di sebalik logo Apple iaitu buah epal yang digigit.

Logo Apple telah berubah dari semasa ke semasa. Pada mulanya, logo Apple yang pertama iaitu pada tahun 1976 melihatkan Isaac Newton yang sedang membaca buku di bawah pokok.

Pada tahun 1977 pula, logo buah epal yang digigit telah menggantikan logo pertama Apple. Logo ini lebih mudah untuk dikenali dan direka. Teori logo ini mungkin penyebab bermulanya teori lain yang mengatakan Alan Turing, salah seorang saintis komputer yang terkenal telah membunuh diri dengan cyanide dan dia mengambilnya bersama-sama dengan buah epal. Buah epal tersebut dipercayai digigit sedikit demi sedikit yang membawa kepada logo syarikat Apple sekarang.

Logo Apple ini boleh dikatakan sebagai memori untuk mengingati Alan Turing yang telah mencipta Apple I, Apple II dan kini dikenali sebagai Macbook.

Komputer Apple pertama tercipta apabila Steve menyertai kelab Homebrew Computer bersama dengan Steve Wozniak atau lebih dikenali sebagai Woz. Pertemuan Jobs dan Woz ini bermula apabila mereka berkenalan dengan rakan yang sama pada tahun 1971 iaitu Bill Fernandez yang merupakan salah seorang pekerja Apple yang terawal. Woz mencipta komputer pertama dengan mesin taip yang mempunyai keupayaan bersambung dengan skrin televisyen.

Penciptaan Apple I ini menurut Woz bukanlah untuk mengubah dunia tetapi dia hanya ingin menunjukkan bahawa beliau dapat menciptanya dengan sumber yang terhad. Sewaktu temu bual bersama dengan NPR National Public Radio pada tahun 2006, Woz mengakui bahawa beliau mencipta Apple I untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa beliau merupakan seorang yang bijak sekaligus mendapat pengiktirafan atas ciptaannya itu.

Steve dan Woz cuba memikirkan nama yang lebih baik daripada Apple, namun tiada siapa di antara mereka yang berjaya berbuat demikian. Menurut Jobs, nama tersebut diambil selepas beliau kembali dari ladang epal. Baginya, nama tersebut sangat menarik selain berkait rapat dengan sejarah syarikat itu.

Jobs dan Woz banyak bergabung tenaga untuk tampil dengan idea-idea bernas untuk syarikat Apple tersebut. Mereka juga bekerjasama untuk mencipta ‘Atari arcade games’. Kini, Jobs berjaya menggegarkan dunia dengan ciptaanya. Syarikat Apple sangat gah di persada dunia dan mempunyai rekod bisnes yang stabil setiap tahun.

Penulis

  • Ahmad Syakir Bin Mohd Arifin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca