Margot Robbie Akan Membintangi Filem Barbie 2023

Filem Barbie akan ditayangkan secara live-action membuatkan semua peminat teruja lagi-lagi Barbie dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal, Margot Robbie.

Warner Bros. Pictures mengumumkan filem Barbie akan ditayangkan hanya di pawagam pada 21 Julai 2023, arahan Greta Gerwig.

Seperti yang semua tahu, Barbie sudah menghasilkan banyak filem fantasi secara animasi sejak tahun 2001.

Barbie juga merupakan anak patung perempuan terkenal dari zaman 50-an hingga kini. Karakter yang dihidupkan dari anak patung ini menjadi pujaan kanak-kanak serata dunia.

Membawa Barbie ke dunia nyata dalam filem telah menyentuh hati ramai peminat dalam semua peringkat umur seolah-seolah telah mengingatkan semula zaman kanak-kanak mereka.

Selain memberikan karakter Barbie kepada pelakon yang disukai ramai, Margot Robbie ini, pasangan Barbie yang dikenali sebagai Ken juga akan dilakonkan oleh pelakon idaman ramai iaitu Ryan Gosling.

“Dengan pelbagai konflik dan banyak sambungan nostalgia, banyak cara menarik boleh dimasukkan. Apabila dengar ‘Barbie’, orang akan fikir, ‘saya tahu jalan cerita filem itu,’ kemudian dapat tahu pula, penulis dan pengarahnya ialah Greta Gerwig dan mereka akan fikir, ‘oh, mungkin saya tak tahu.” kata Margot Robbie tahun lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Datuk Seri Vida, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca