Search
Close this search box.

Maraton Tak Baik Untuk Kesihatan Lutut, Siapa Kata?

Sukan maraton merupakan acara larian sejauh 42 kilometer (km). Ia merupakan sukan yang sangat berprestij di seluruh dunia. Sukan ini hanya mereka yang berkelayakan sahaja boleh mengikut acara tersebut. Contohnya, sukan Olimpik.

Ramai yang beranggapan bahawa sukan Maraton boleh menyebabkan sakit lutut. Video dikongsikan oleh @TwtJogging di Twitter miliknya. Dr. Reed Ferber tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Menurut Dr. Reed Ferber yang merupakan pemegang PhD dalam bidang Biomekanik (Fizik) pergerakan manusia, acara larian Maraton boleh melindungi lutut dari sebarang kecederaan fizikal kerana mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan pelari maraton boleh mengurangkan angka kematian dan mereka boleh hidup lebih lama kerana mereka mempunyai penyakit yang sedikit seperti penyakit cardiovascular dan diabetes. Hal ini demikian menyebabkan kejadian osteoarthritis (OA) atau sendi lutut yang dialami dalam bilangan yang sedikit.

Oleh itu, acara maraton ini sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal diri terutama lutut. Tetapi, jika anda beranggapan berjalan ini tidak baik untuk pergelangan kaki, sendi lutut atau sendi punggung, Tidak mengapa. Walau bagaimanapun, jika anda sudah mengalami kecederaan maka anda tidak perlu untuk teruskan menyertai acara tersebut.

Oleh itu, arthritis, sebagai contoh penyakit yang paling biasa dijumpai semasa proses diagnosis. Penyakit ini disebabkan oleh musnahnya tulang rawan pada sendi. Apabila tulang rawan dimusnahkan, otot (ligamen) dan bahagian sendi yang lain akan tertarik apabila badan bergerak menyebabkan kesakitan terlaku.

Tetapi, itu tidak bermakna anda tidak boleh berlari. Jika anda dapat mengawal gelombang kejutan yang bergerak melalui tubuh badan, apabila anda bergerak setiap langkah, anda boleh mengurangkan daya gerakan dengan baik. Oleh itu, melibatkan diri dalam acara maraton ini sangat baik untuk kesihatan anda. Jika anda tidak mahu kecederaan pada badan anda.

Cara yang terbaik adalah melatih diri, anda boleh mencuba sukan berenang, berbasikal, atau mengangkat berat bagi mencegah kecederaan dari terus berlaku.

Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala informasi yang diberikan. Jangan lupa ikutiΒ Lejen Press di Channel Telegram.

Artikel Lain Untuk Di Baca