Manusia Raksasa Dan Manusia Terkecil Di Dunia

Ketinggian tidak lagi dipandang aneh oleh majoriti masyarakat sekarang. Tinggi badan merupakan salah satu anugerah yang diberikan Tuhan kepada seseorang. Selain merupakan satu kelebihan, tinggi badan juga menjadi salah satu hal yang sangat penting dalam pelbagai keperluan, termasuklah dalam mencari pekerjaan pada masa sekarang.

Namun, tahukah anda bahawa di dunia ini ada beberapa orang yang memiliki tinggi melebihi tinggi normal? Pada masa yang sama, ada juga yang memiliki tinggi yang terlalu rendah. Inilah 2 orang terpelik di dunia sepanjang sejarah manusia!

1. Sultan Kosen

Sultan Kosen merupakan seorang pemuda yang penyayang. Beliau berasal dari negara Turki. Kosen hidup dengan orang tuanya dan tiga kakak serta adik yang semuanya memiliki tinggi yang normal. Dia tidak dapat menyelesaikan sekolahnya kerana dia terlalu tinggi.

Sultan Kosen lahir pada 10 Disember 1982. Ini bererti dia kini berusia 34 tahun. Sultan Kosen menggantikan rekod Bao Xishun, pemuda yang berasal dari China yang tingginya mencapai 2.41m. Selain itu, Kosen juga memiliki rekod dengan tangan terbesar iaitu 27.5cm.

2. Junrey Balawing

Lahir pada tahun 1993, remaja Filipina iaitu Junrey Balawing adalah pemuda kedua terpendek di dunia. Dia dikategorikan sebagai pemuda terpendek di dunia pada ulang tahunnya yang ke-18 tahun pada tahun 2011, namun dia kehilangan gelaran juara itu kepada Chandra Bahadur Dangi setahun kemudian. Tingginya cuma 59.9cm dan beratnya hanya 11kg.

Dia juga mengalami kesulitan berjalan kerana lututnya yang lemah dan perlu memegang sesuatu supaya boleh berjalan tegak. Keadaan Balawing belum pernah didiagnosis, namun melihatkan keadaannya itu, kemungkinan dia mempunyai masalah di sistem endokrin.

Penulis

  • Nurul Nabilah adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca