Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dalam Hal Ehwal Agama

Pada pukul 5 petang hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya melalui saluran langsung di media.

Antara jawatan yang menarik perhatian orang ramai ialah pelantikan YB Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang diumumkan sebagai senator di Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Timbalan Menteri pula ialah Ahmad Marzuk Shaary.

Untuk rekod, beliau dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 21 Jun 2014 dan merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh.

Pelantikan beliau telah menerima pujian daripada warganet yang rata-rata senang hati dengan jawatan yang telah disandang oleh beliau.

Semoga dengan pelantikan beliau mampu memberi perubahan yang positif kepada negara kita.

Untuk membaca senarai penuh Jemaah Menteri Kabinet 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca