Mangsa Wabak Ditinggalkan Untuk Mati, Ini 7 Fakta Mengenai Pulau Poveglia

Tahukah anda mengenai kewujudan sebuah pulau di Itali yang pernah menjadi tuan rumah kepada ribuan mangsa wabak The Black Death?

Dikenali sebagai salah satu kawasan paling haram untuk dilawati, Pulau Poveglia yang terletak hanya di luar pantai utara Itali berdekatan Venice dianggap sebagai tempat paling berhantu di negara itu.

Meskipun kerajaan Itali mengharamkan mana-mana individu untuk melawati pulau itu, masih ada beberapa orang seperti pemburu paranormal yang melanggar larangan itu.

Berikut merupakan tujuh fakta menarik mengenai pulau paling berhantu di Itali.

1. Menjadi tuan rumah kepada mangsa wabak The Black Death

Semasa zaman pemerintahan Empayar Rom, Pulau Poveglia berfungsi sebagai rumah buat mangsa-mangsa wabak The Black Death.

Demi melindungi rakyat yang lain, pemerintah pada zaman itu memaksa mangsa yang dijangkiti wabak untuk tinggal di Pulau Poveglia dan mati keseorangan.

Apabila wabak berbahaya terbabit kembali menyerang pada zaman pertengahan, pulau berkenaan sekali lagi digunakan untuk menempatkan mereka yang sakit dijangkiti.

Lama-kelamaan, mayat mangsa wabak The Black Death mula memenuhi Pulau Poveglia sehingga ribuan daripadanya terpaksa dibakar.

Penularan wabak yang membunuh hampir dua per tiga populasi Eropah itu telah menyebabkan beberapa warga Itali menjadi paranoid. Akibatnya, mana-mana individu yang disyaki dijangkiti wabak The Black Death turut dihantar ke Pulau Poveglia.

Kebanyakan daripada individu yang dihantar itu sebenarnya tidak dijangkiti wabak berkenaan. Namun, disebabkan ketakutan yang memuncak, mereka diheret ke Pulau Poveglia dan dibuang bersama-sama mayat mangsa wabak yang sudah mereput.

2. 50 peratus tanah di Poveglia adalah abu mayat manusia

Pada hari ini, Pulau Poveglia menjadi lokasi ladang anggur berjaya di negara itu. Hal ini dikatakan berlaku kerana buah berkenaan akan tumbuh dengan baik di kawasan tanah berdebu.

Menurut anggaran, 50 peratus daripada jumlah tanah di Poveglia adalah daripada debu manusia yang dihantar ke pulau itu ratusan tahun yang lalu untuk mati.

3. Sebuah hospital psikiatri pernah dibina di Pulau Poveglia

Pada tahun 1922, sebuah hospital psikiatri telah dibina di atas pulau berkenaan. Disebabkan Poveglia sudah mempunyai reputasi hitam, tidak ada sesiapa yang mahu melawat pesakit-pesakit mental yang dihantar ke sana. Privasi tinggi yang diterima juga menyebabkan para saintis dan doktor melakukan pelbagai penderaan dan ujian kejam ke atas penghuni hospital berkenaan.

Menurut legenda, terdapat seorang doktor yang suka melakukan ujikaji pada pesakit bekerja di hospital berkenaan pada awal abad ke-20. Salah satu eksperimen paling popular yang pernah dilakukannya adalah lobotomi.

Dipercayai mampu menyembuhkan penyakit mental, doktor berkenaan telah melakukan prosedur lobotomi pada ramai pesakit. Ujian yang kejam lagi menyakitkan itu dijalankan dengan menggerudi kepala mangsanya tanpa menggunakan bius.

Walau bagaimanapun, aktiviti kejam doktor berkenaan mula terbantut selepas beliau dikatakan diganggu oleh roh-roh mangsanya yang meninggal dunia.

Mengikut masyarakat tempatan, terdapat pelbagai versi pengakhiran bagi doktor itu. Ada yang berpendapat beliau mengambil nyawanya sendiri dengan terjun daripada menara loceng. Sesetengahnya pula mendakwa, beliau ditolak jatuh oleh roh mangsanya atau salah seorang pesakit yang mengamuk.

Hospital psikiatri di Pulau Poveglia terbabit dilaporkan menamatkan operasinya pada tahun 1968.

4. Tulang manusia masih terdampar di Pulau Poveglia

Dengan lebih 100,000 mangsa wabak The Black Death dan pesakit hospital mental yang ditanam di Pulau Poveglia, tidak hairanlah bagaimana tulang-tulang manusia kadangkala muncul di pesisiran pantai.

Menurut laporan, nelayan-nelayan tempatan mengelak daripada melalui kawasan perairan berdekat Poveglia kerana risau tulang manusia tersangkut pada jaring mereka.

5. Versi lain kisah doktor kejam

Masihkah anda ingat mengenai kisah doktor kejam yang diceritakan sebelum ini?

Sekiranya sebelum ini doktor itu dikatakan meninggal dunia akibat membunuh diri atau ditolak dari menara loceng, terdapat versi lagenda lain yang mengatakan beliau terselamat daripada jatuhan berkenaan.

Walau bagaimanapun, doktor itu dikatakan menemui ajalnya selepas beberapa pesakit yang pernah menjadi mangsa uji kajinya menanam beliau hidup-hidup di balik dinding batu menara loceng berkenaan.

6. Wajah anak kepada pemilik baharu Pulau Poveglia hampir dirobek roh penghuni yang marah

Setelah beberapa tahun hospital mental di Pulau Poveglia menamatkan operasinya, sebuah keluarga dilaporkan telah membeli pulau berkenaan dengan harapan sebuah rumah percutian dapat dibina dilokasi itu.

Walau bagaimanapun, hajat keluarga berkenaan terbantut apabila wajah anak kepada pasangan berkenaan hampir dirobek oleh satu entiti yang tidak dapat dijelaskan.

Menurut laporan, keluarga berkenaan segera berpindah keluar daripada pulau itu pada malam pertama dan tidak lagi kembali selepas itu.

7. Suara ghaib mengarahkan pelawat untuk tinggalkan pulau

Meskipun telah diwartakan sebagai kawasan larangan, Pulau Poveglia masih dikunjungi mereka yang sukakan cabaran.

Menurut kisah pelancong-pelancong yang mendakwa pernah menjejakkan kaki ke pulau berhantu itu, mereka melaporkan terdapat perasaan yang berat menyelubungi diri sebelum satu suara yang garau menghalau mereka keluar dari situ.

Jadi, beranikah anda untuk menjejakkan kaki ke Pulau Poveglia ini?

Untuk membaca artikel lain berkaitan dunia mistik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca