Mangsa Termuda Di Malaysia, Bayi 12 Hari Dijangkiti COVID-19

Umum sudah tahu, wabak koronavirus ini atau nama rasminya COVID-19 akan merebak kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur, agama dan jantina. Sekiranya kita tidak berhati-hati, sekelip mata sahaja virus itu akan masuk ke dalam diri kita tanpa disedari.

Petang tadi, di dalam satu sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah memaklumkan daripada jumlah kes 2,031 positif COVID-19, terdapat seorang mangsa positif yang termuda berusia 12 hari yang lahir sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua COVID-19.

Ketika ditanya butiran yang lebih lanjut tentang bagaimana bayi tersebut akan menerima rawatan dan tarikh bayi tersebut disahkan positif, Dr. Noor Hisham memaklumkan butiran akan diberitahu kemudian.

Untuk rekod, sebelum ini pesakit termuda ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berasal daripada Kelantan yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun ia terpaksa ditangguhkan selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan diri demi keselamatan seluruh keluarga. Patuhi arahan yang dijalankan oleh kerajaan demi bersama-sama membantu membendung COVID-19 ini daripada terus merebak.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca