Akibat tidak berpuas hati, sebuah kumpulan YouTuber terkenal didakwa telah membawa 25 ahli membelasah seorang individu di sebuah gelanggang futsal dekat Subang Jaya pada minggu lalu.
Insiden tersebut telah menyebabkan mangsa bernama Rahimie menerima lapan jahitan pada bahagian muka beliau.
Selaku ketua mewakili Isarb Clan dan rakan kepada Hafiz, Isa tampil memberi penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut menerusi sebuah video di laman Instagram.

Menurut Isa, pihaknya salah memukul orang dan menyangka Rahimie adalah individu yang memukul Hafiz. Dalam pada itu, Isa telah membayar wang perubatan kepada Rahimie.
Isu tersebut turut mencuri perhatian Caprice. Caprice telah memuat naik video temu bualnya bersama Rahimie di laman Instagram beliau. Lelaki itu menegaskan bahawa tiada aksi pukul-memukul berlaku ketika perlawanan futsal berlangsung.

Namun, sedikit pertengkaran secara lisan telah berlaku disebabkan rasa tidak puas hati akibat perlawanan tersebut. Rahimie yang bertindak sebagai orang tengah cuba untuk meleraikan pertengkaran yang berlaku antara kumpulan futsalnya dengan kumpulan Isarb Hafiz.
Rahimie niat just nak meleraikan one small argument sbb futsal tapi si Hafiz Isarb ni takleh terima. Siap panggil gang 25 ketul taik Isarb Clan belasah Rahimie ramai ramai. APA SALAH DIA pic.twitter.com/kUQVeqrdKC
— EZY ✨ (@EzyanaShahira) March 6, 2021
Kumpulan Isarb Hafiz telah pulang terlebih dahulu selepas pertengkaran tersebut. Walau bagaimanapun, Hafiz kemudiannya kembali bersama 25 ahli kumpulan Isarb memukul Rahimie.
Dalam pada itu, Rahimie turut menyangkal dakwaan ramai bahawa Hafiz telah dipukul ketika perlawanan dan menegaskan hanya berlaku pertengkaran secara lisan sahaja.
Tambah Rahimie lagi, beliau hanya mahukan keadilan untuk dirinya dan kes ini sudah pun berada dalam siasatan pihak polis. Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: