Mangsa Pembunuhan Paling Kejam, Payudara Wanita Ini Masih Belum Ditemui Hingga Kini

Keith Valentine didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang wanita yang dikenali sebagai Isabelle Lewis. Baru-baru ini Keith ditemukan bebas dan berkeliaran sepanjang jalan.

Kronologi pembunuhan tragis ini bermula dengan tembakan, tikaman dan penyembelihan tubuh mangsa kepada 9 bahagian. Tidak cukup dengan itu, perbuatan si pelaku yang persis penjual daging ini dipercayai telah memotong bahagian payudara wanita berkenaan.

Pembunuh ini kemudiannya mengukir dahi mangsa dengan bentuk salib atau cross sebelum mencukur bahagian kepala yang telah dipancungnya itu.

Selepas berjaya membunuh Isabelle dengan kejam, potongan tubuh dan kepala mangsa disimpan secara berasingan dalam dua plastik hitam. Satu plastik disangkut berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak. Manakala, satu plastik lagi ditemukan dalam kawasan padang golf di Addington Court Golf, Croydon, Surrey.

Walau bagaimanapun, bahagian payudara mangsa sehingga kini masih belum dapat dikesan keberadaannya. Tragedi ini merupakan satu daripada pembunuhan paling kejam waktu itu. Awalnya, Keith tidak mahu mengaku akan perbuatan tesebut.

Rumah pembunuh berkenaan sempat digeledah oleh pihak polis. Hasil pemeriksaan menemukan darah dan potongan kasut serta seluar kepunyaan mangsa. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa turut menjumpai sebuah beg berisi lapan jenis pisau bergerigi dan sebatang senapang.

Setelah berkali-kali siasatan dijalankan, Keith akhirnya mengakui perbuatannya seraya berkata sambil tersenyum “Ya. Memang saya yang melakukannya. Jadi, boleh saya balik sekarang?”

Pihak berkuasa memutuskan untuk menghukum dan memenjarakan Keith seumur hidup selepas dilaporkan bersalah membunuh seorang wanita. Namun demikian, panel pengadilan telah memberi kebebasan terhadap penjenayah tersebut pada tahun 2017.

Menurut laporan Mirror, suami kepada mangsa berkenaan, Peter berusia 64 tahun kini berasa bimbang selepas mengetahui pembunuh kejam itu telah bebas. Peter dengan yakin menyatakan bahawa Keith Valentine pasti akan bertindak membunuh lagi.

Peter berpendapat bahawa jasad yang dikebumikan itu bukan Isabelle, tetapi hanya potongan mayat yang tidak lengkap berikutan bahagian payudara isterinya yang hingga kini belum ditemui.

Selepas kematian Isabelle, kedua-dua ibu dan bapa wanita ini dikhabarkan telah meninggal dunia berhubung rasa sedih melampau akibat kematian tragis yang menimpa anak perempuannya. Bagi Peter, Isabelle bukan sahaja seorang isteri, malah teman baik dan ibu kepada anak-anak mereka.

Kisah pembunuhan kejam Isabelle Lewis ini secara tidak langsung mengingatkan penulis tentang sebuah buku yang bertajuk Kontrol Histeria. Novel terbitan Lejen Press ini merupakan karya yang dihasilkan oleh penulis blog Kontrol Histeria. Terdapat lebih daripada 40 jenis himpunan cerita disimpan menjadi satu buku.

Antara bab yang seakan-akan mirip dengan kisah pembunuhan Isabelle Lewis ialah Pelepasan. Cerita ini ditulis dan dihasilkan oleh penulis dengan nama pena April.

Ia mengisahkan tentang pembunuhan ngeri yang dibawakan oleh watak dua orang lelaki sebagai Uncle Abraham dan Dr. Watson. Kedua-duanya bersekongkol dalam pembunuhan tersebut untuk menjadikan mangsa sebagai kadaver sewaktu hari pameran mayat berlangsung.

Watak utama dalam cerita ini ialah Natalie. Seorang gadis yang juga merupakan pelajar kepada Dr. Watson. Persoalannya, adakah Natalie merupakan mangsa mereka yang seterusnya? Sekiranya ya, adakah Natalie berjaya melepaskan dirinya dari cengkaman kedua-dua manusia tersebut?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terokai lebih daripada 40 kisah ngeri yang tragis!

Novel ini telah menerima 3.75 bintang daripada Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui cerita-cerita ngeri dalam Kontrol Histeria, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca