Mangsa Keganasan Amber Heard, Johnny Depp Kemuka Rakaman Audio Sebagai Bukti

Kisah keganasan domestik yang dialami pelakon terkenal, Johnny Depp dan pasangannya, Amber Heard kembali menjadi buah mulut warganet baru-baru ini.

Pada mulanya, Amber membuat dakwaan bahawa dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga sepanjang 18 bulan mereka bergelar suami isteri.

Walau bagaimanapun, satu rakaman audio yang menjadi tular di laman media sosial baru-baru ini membuktikan sebaliknya.

Menerusi rakaman audio tersebut, pelakon Aquaman itu mengaku bahawa dia yang melakukan kekerasan terhadap Johnny seterusnya membuktikan Johnny tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Pengakuan Amber dalam rakaman tersebut berbunyi, “Saya mengaku memulakan pergaduhan fizikal.”

Peguam yang mewakili Johnny, Adam Waldman akui bahawa rakaman yang tersebar itu asli di mana audio berkenaan dilaporkan dirakam pada tahun 2015.

Salah satu dialog Amber yang mengundang kemarahan warganet ialah, “Sayang (Johnny), muka kamu tidak ditumbuk. Saya tidak tahu bagaimana gerakan tangan saya waktu itu tetapi kamu elok sahaja. Saya tidak menyakitimu dan memukulmu.”

Namun, Johnny kekal sebagai seorang yang tenang dalam sesi terapi berkenaan dengan melayan kerenah Amber yang sedang marah kepadanya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet bersimpati dengan Johnny kerana kontroversi tersebut telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Mana tidaknya, ia dikatakan merupakan punca utama nama beliau digugurkan daripada francais Pirates Of The Caribbean.

Sebagai respons, Roberta Kaplan iaitu peguam yang mewakili Amber itu berkata, “Fakta bahawa seorang wanita bergaduh atau membalas bukan bererti dia tidak pernah menjadi subjek kekerasan domestik berulang.”

Tidak berhenti di situ, Johnny dikhabarkan turut mempunyai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kekerasan Amber terhadapnya.

Selepas Amber tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan domestik, Johnny telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak RM200 juta terhadap pelakon Aquaman tersebut.

Untuk pengetahuan anda, perbicaraan kes saman ini masih berterusan sehingga ke hari ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai kisah keganasan rumah tangga, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca