Mana Yang Lebih Dulu? Ayam Atau Telur? Ini Jawapan Yang Paling Masuk Akal

Soalan yang belum terjawab dan menjadi pertikaian zaman-berzaman,

“Ayam ke telur yang lebih dulu? Ayam? Atau telur?”

“Ayamlah dulu. Kalau tak ada ayam, mana datangnya telur?”

“Tapi, ayam keluar daripada telur? Jadi, logiknya telurlah dulu. Baru ada ayam.”

“Haah ek?”

“Ehh peninglah!”

Maka begitulah persoalan itu terbiar begitu saja, terikat namun tak bertali tanpa jawapan konkrit dan muktamad. Harap Haqiem Rusli bolehlah buat lagu pasal ayam atau telur pula lepas ni.

Melalui satu hantaran di Facebook, Ahadiat Akashah melontarkan pendapatnya yang pada hemat kami cukup ringkas tapi bernas dan padat.

Mana yang lebih dulu, ayam atau telur? Pastinya ayam. Kenapa?

1. Letakkan lima biji telur dan biarkan untuk beberapa waktu. Tidak akan ada ayam terhasil.

2. Letakkan pula lima ekor ayam. Seekor jantan dan empat betina. Biarkan untuk beberapa waktu dan telur pasti akan terhasil.

Terbukti, kena ada ayam dulu barulah ada telur.

Telur takkan boleh menghasilkan ayam tanpa ayam mengeramkannya tetapi ayam boleh menghasilkan telur tanpa telur berbuat apa-apa.

Dah. Pasni jangan tanya lagi soalan begini.

Dari segi abjad pun dah jelas terbukti. Ayam atau telur? Pastinya ayam kerana bermula dengan abjad A. Chicken or egg? Pastinya chicken kerana C lebih dulu dari E.

Jadi lepas ni kalau diajukan soalan yang sama, pastikan jawapan anda adalah utuh dengan AYAM seperti huraian di atas.

Apa pun, terima kasih Ahadiat Akashah atas hujah menarik ini. Rindulah pulak nak baca karya-karya abang. Teruskan menulis dan berkarya. Walau hanya di Facebook, kami tetap suka dan sokong!

Artikel Lain Untuk Di Baca