Mampu Merakam Kemalangan Jalan Raya, Ini Kepentingan Dashcam Yang Perlu Anda Tahu

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai produk kereta keluaran sendiri. Rata-rata penduduk Malaysia mempunyai sebuah kereta dan motosikal. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara dengan kadar pemilikan kenderaan yang tinggi. Dengan mempunyai pemilikan kenderaan yang tinggi, kadar kemalangan di Malaysia juga antara yang tertinggi.

Walaupun dengan pemanduan yang cermat, berhati-hati dan tidak mementingkan diri, kemalangan pasti boleh berlaku jika pemandu kenderaan lain yang menjadi punca. Kereta pada zaman sekarang sudah mempunyai pelbagai kelengkapan keselamatan tetapi tidak daripada segi pemantauan.

Dashcam adalah singkatan kepada ‘Dash Camera’ iaitu kamera keselamatan pemantauan yang diletakkan pada kenderaan untuk merakam perjalanan. Kemalangan berlaku bila-bila masa dan di mana jua. Kadangkala kemalangan berlaku bukan berpunca daripada kita sendiri atau pihak lain.

Kepentingan Dashcam adalah merakam segala situasi di jalan raya. Ia merupakan bahan bukti yang penting untuk membuktikan kesalahan seseorang pemandu. Dashcam juga mampu untuk merakam nombor pendaftaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan atau kenderaan yang melanggar undang-undang.

Pemandu teksi atau grab sangat digalakkan untuk memasang dashcam ini kerana bukan saja merakam video malah turut merakam suara. Sekiranya sesuatu berlaku antara penumpang dan pemandu seperti mengugut, rompakan atau pergaduhan, dashcam dapat merakam perbualan antara pemandu dan penumpang dengan jelas dan boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Penggunaan dashcam pada kenderaan sangat digalakkan untuk pemandu di Malaysia. Untuk menjadi pemandu yang bijak, perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca