Mampu Menelan Seekor Paus, Ini Kisah Jerung Megalodon Yang Menakjubkan

Jangan disangka lautan yang luas tiada bahayanya. Laut merupakan tempat yang paling berbahaya di dunia kerana terdapat lebih 95 peratus yang masih belum diterokai oleh manusia. Semakin dalam lautan, semakin banyak spesis yang belum dilihat oleh manusia.

Megalodon atau jerung gergasi merupakan salah satu sejarah yang sangat menakutkan pada suatu masa dahulu. Mari kita mengkaji sejarah tentang Megalodon.

Megalodon merupakan seekor ikan jerung yang terbesar dan sangat ganas dalam lautan. Ia mampu menghancurkan sebuah kereta dan makanan harian untuk Megalodon adalah ikan paus. Boleh bayangkan jerung Megalodon sangat besar sehingga boleh makan seekor ikan paus? Sangat mengerikan!

Terdapat sumber-sumber yang berlainan tentang saiz Megalodon, ada yang mengatakan ia mempunyai berat 60 hingga 70 tan dan sepanjang 11 hingga 13 meter ataupun 36 hingga 43 kaki. Ada sumber lain mengatakan bahawa Megalodon jauh lebih besar hingga mampu mencapai lebih daripada 24 meter dan 100 tan.

Walaupun saiznya agak besar, ia dikenali sebagai hidupan laut yang mempunyai pergerakan yang pantas mampu mencecah sehingga 32 kilometer sejam. Apa-apa pun Megalodon merupakan jerung ataupun hidupan laut yang paling besar dan ganas.

Nama Megalodon bermaksud gigi besar. Gigi ia berjaya ditemui dan menjadi sumber terbaik untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang raksasa ini. Fosil gigi terbesar mencatat rekod 17.5 sentimeter, 10 kali ganda saiz purata gigi manusia. Diameter rahang untuk seekor Megalodon adalah sekitar 2.7 meter kaki dengan lebar 3.3 meter, dan ia adalah rahang yang paling kuat dan menakutkan yang pernah mengganas di laut.

Tetapi Megalodon terakhir dilaporkan sudah pupus sejak 2.6 juta tahun yang lalu. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh para saintis, kematian Megalodon disebabkan oleh perubahan suhu dan juga paras air laut. Ini kerana Megalodon hidup di perairan yang hangat.

Namun, kehidupan Megalodon masih menjadi satu misteri sehingga kini. Satu teori mengatakan Megalodon masih wujud di dalam laut yang masih belum diterokai oleh manusia seperti digambarkan dalam filem The Meg 2018. Walau bagaimanapun, ahli sains bersetuju dengan satu perkara iaitu Megalodon telah pupus. Sekiranya Megalodon masih hidup, pasti anda akan tahu mengenainya.

Artikel Lain Untuk Di Baca