Mampu Mencegah Penyakit Kanser? Ini 6 Kebaikan Oat Yang Perlu Anda Tahu

Oat adalah bijirin yang paling menyihatkan dan dikenali sebagai bijirin gluten yang kaya dengan serat, antioksidan, mineral dan juga vitamin. Selain daripada itu, oat juga kaya degan nutrien yang mengandungi magnesium, zink, zat besi, selenium, tiamina, dan fosforus.

Berikut kami kongsikan enam kebaikan bijirin oat bagi kesihatan dan kecantikan tubuh badan:

1. Dijadikan sebagai masker muka

Menurut kajian yang diketengahkan oleh pakar kulit, Dr Susan Stuart, oat mengandungi khasiat antiinflamasi dan antioksidan untuk kulit sensitif serta mengatasi pelbagai masalah kulit.

Oat juga dikatakan sebagai bahan penjagaan kulit semula jadi terbaik kerana kemewahan kandungan protein, vitamin B dan omega 3 yang semestinya baik untuk kesihatan kulit.

2. Mengurangkan kolestrol

Oat membantu menurunkan kadar kolestrol menerusi kandungan seratnya. Serat larutan ini kemudiannya akan dihadam oleh bakteria normal dalam usus sehingga dapat mengurangkan penyerapan kolestrol oleh tubuh badan.

Bijirin ini juga mengandungi serat yang mampu mengurangkan lipoprotein dengan kolestrol jahat yang menyebabkan peningkatan terhadap risiko serangan strok dan jantung.

3. Menjaga kesihatan usus badan

Emping oat bukan sahaja berkesan untuk menurunkan tahap kolestrol dalam darah namun ia juga berupaya mengekalkan kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrein secara perlahan–perlahan untuk memperbaharui sel-sel usus manusia.

Serat juga dapat merangsang pengeluaran air liur yang secara tidak langsung memudahkan anda menelan dan mengunyah makanan. Hal ini kerana, empingan oat membantu mencairkan kandungan makanan dan juga dapat menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Bukan itu sahaja, oat berkeupayaan dalam mencegah masalah ketidakselesaan yang dialami oleh kebanyakan golongan warga emas seperti buasir dan juga sembelit.

4. Mengurangkan risiko sakit jantung

Tahukah anda? Terdapat ramai pesakit jantung di Malaysia kerana tidak mengamalkan diet seimbang dalam tabiat pemakanan seharian mereka. Maka, untuk menjaga kesihatan jantung, kita perlu mengambil pemakanan yang sihat sekurang-kurangnya 70 gram oat setiap hari.

Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila kajian Dr James W. Anderson membuktikan bahawa pengambilan oat mampu mengurangkan paras kolestrol dalam tubuh badan seseorang.

5. Mengawal paras gula dalam darah

Untuk pengetahuan anda, bijirin sememangnya dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah dan sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memiliki berat badan berlebihan.

6. Mencegah penyakit kanser

Bijirin oat kaya dengan serat seperti antioksidan yang berupaya mencegah penyakit kanser. Antioksidan yang terkandung di dalam serat ini akan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada ketidakstabilan molekul dalam tubuh badan manusia.

Oleh itu, oat sememangnya perlu diambil dan diamalkan dalam pemakanan seharian agar kesihatan badan mampu dikekalkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Artikel Lain Untuk Di Baca