Mampu Memanipulasi Realiti Dengan Bisikan, Ini 5 Anak ‘Superhero’ Yang Lagi Hebat Daripada Orang Tua Mereka

Watak ‘superhero’ biasanya semakin berumur, sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Mereka juga akan memastikan anak-anak mereka mewarisi segala kekuatan dan kelebihan yang mereka ada. Sesetengah daripada anak-anak ‘superhero’ mewarisi kehebatan yang lebih baik berbanding mereka.

Berikut kami kongsikan lima anak ‘superhero’ yang lagi hebat daripada orang tua mereka:

1. Uzumaki Naruto (Minato Namikaze)

Uzumaki Naruto adalah Hokage ke-7 dan ninja paling kuat di dunia. Naruto mempunyai chakra yang kuat dan mampu menggunakan kekuatan Musang Ekor Sembilan yang berada dalam badannya.

Ayah kandung Naruto adalah Hokage ke-4 iaitu Minato Namikaze. Minato adalah ninja dan Hokage terhebat dengan gerakan sepantas kilat tetapi Naruto membesar menjadi lebih kuat dari ayahnya.

2. Scarlet Witch (Magneto)

Magneto mempunyai dua orang anak iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch. Quicksilver adalah mutan yang memiliki kelajuan luar biasa. Berbanding dengan Scarlet Witch, dia mempunyai kelebihan dalam memanipulasi keadaan realiti dengan hanya berbisik. Scarlet Witch bermula sebagai ahli kepada Brotherhood of Evil Mutants dan kemudian menyertai X-Men dan Avengers.

3. Jack Jack (The Incredibles)

Jack Jack mempunyai banyak kebolehan. Bukan sahaja boleh berubah bentuk tetapi juga mampu menembak laser, merentas jarak, menembusi dinding dan banyak lagi. Dia mungkin seorang bayi tetapi dia jauh lebih kuat dari keluarganya.

4. Gohan (Goku)

Dalam Dragon Ball Z, Gohan membesar menjadi pahlawan yang kuat. Walaupun Dragon Ball lebih menumpukan pada watak Goku tetapi Gohan lebih kuat berbanding ayahnya.

Ketika penghujung siri Dragon Ball Z, Goku telah menarik diri daripada melawan Cell kerana dia tahu Gohan mampu mengalahkannya. Pada mulanya, Gohan bergelut tetapi dia berjaya menjadi orang pertama mencapai tahap Super Saiyan 2 dan mengalahkan Cell dengan mudah.

5. X-23 (Wolverine)

X-23 merupakan klon Wolverine. Sebelum bergabung dengan X-Men, X-23 adalah seorang pembunuh upahan yang hebat. Seperti bapanya, dia mempunyai deria luar biasa, tulang adamantium dan kebolehan untuk sembuh. Apa yang membuatkan dia lebih hebat berbanding Wolverine adalah dia memiliki pencakar di kedua-dua tangan dan kakinya.

Matlamat bagi setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak-anak mereka menjadi lebih baik berbanding mereka dalam segala perkara.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca