Mampu Kurangkan Rasa Takut, Ini 3 Kebaikan Amalan Makan Coklat

Coklat mengandungi pelbagai vitamin yang sangat berguna kepada tubuh badan manusia seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan vitamin E.

Kandungan koko sebagai sumber semula jadi iaitu magnesium mampu mengelakkan penyakit hipertensi, jantung, diabetes dan masalah kewanitaan. Oleh itu, amalan pemakanan coklat mampu meningkatkan kandungan magnesium dalam nutrien harian.

Coklat terdiri daripada pelbagai jenis atau variasi. Antara jenis coklat yang menjadi kegemaran masyarakat masa kini adalah dark chocolate, white chocolate dan milk chocolate.

Bagaimanapun, coklat yang paling sihat adalah dark chocolate. Maka, berikut penulis kongsikan kepada anda 3 kelebihan sekiranya mengamalkan pemakanan coklat:

1. Tinggi khasiat

Ini kerana, coklat gelap atau coklat asli mengandungi biji koko paling tinggi iaitu sekitar 70% dan juga bebas daripada sebarang lemak tepu dan minyak sayur.

2. Mengurangkan tekanan

Coklat gelap memiliki banyak khasiat berbanding coklat putih dan coklat susu. Rasa pahit dan manis ternyata berupaya mengurangkan tekanan dalam diri individu.

Hal ini dikatakan demikian kerana, coklat gelap mengandungi bahan penenang semulajadi yang dipanggil endorphins. Ia secara tidak langsung mampu membuatkan anda berasa gembira dan mengurangkan ketakutan atau kerisauan.

3. Merendahkan tekanan darah

Antioksidan yang terdapat dalam koko secara tidak langsung membantu badan seseorang bebas daripada sebarang radikal dan kerosakan sel badan. Ia juga berupaya merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan manusia.

Kesimpulannya, coklat merupakan pemanis mulut yang memberi banyak khasiat kepada seseorang. Bagaimanapun, pemilihan coklat yang betul perlu dilaksanakan agar tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Tidak dinafikan bahawa pembelian coklat yang murah dan sembarangan di mana-mana pasaran boleh mengakibatkan beberapa risiko berbahaya seperti diabetes dan kerosakan gigi.

Maka, pastikan coklat yang anda pilih sememangnya asli dan berkhasiat. Selamat mencuba!

Penulis

  • Nurul Izzah Binti Mustafa Kamal adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang menyentuh topik atau isu semasa berkaitan dengan khasiat coklat terhadap kesihatan manusia, anda digalakkan untuk klik pautan di baawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca