Mampu Hidup Dalam Mulut Serta Insang Ikan Jerung, Spesis Baharu Ditemui Ini Kelihatan Sangat Aneh Dan Pelik

Sekumpulan penyelidik di Jepun dilaporkan menemui spesis udang baharu yang berjaya ditemui dalam mulut ikan paus.

Makhluk kecil ini biasanya sepanjang 3 hingga 5 sentimeter itu adalah spesis gammaridea dan mempunyai keupayaan untuk hidup dalam persekitaran pelbagai serta berbeza dari gunung tinggi sehingga ke laut dalam.

Penyelidik, Ko Tomikawa dari Universiti Hiroshima bagaimanapun menyifatkan penemuan udang kecil itu yang tinggal dalam mulut haiwan lain sangat mengejutkan.

 

Menurut Tomikawa, terdapat beberapa sebab yang membuatkan haiwan itu memilih lokasi tidak dijangka.

“Mulut ikan paus mungkin habitat yang baik kerana mempunyai aliran air laut segar yang ia perlukan untuk bernafas selain faktor makanan.”

“Selain itu, ia juga adalah tempat yang selamat daripada sebarang pemangsa,” katanya.

Variasi spesies baharu itu ditemui selepas Tomikawa dihubungi sebuah akuarium di selatan wilayah Okinawa yang ingin tahu tentang makhluk yang hidup di dalam mulut haiwan pemangsa tersebut.

Menurut Tomikawa, kira-kira 1,000 makhluk itu ditemui di bahagian insang ikan paus.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca