Mampu Hasilkan Tenaga Elektrik Dari Badan, Ini 3 Orang Dengan Kuasa Adiwira

Kita biasa menonton filem adiwira samada dari luar negara atau negara sendiri. Adiwira adalah satu watak fiksyen yang diambil dalam buku komik. Adiwira mempunyai kuasa luar biasa yang bertujuan untuk melawan kejahatan, melindungi orang awam dan melawan penjahat yang mempunyai kuasa. Wujudkah adiwira di dunia nyata? Semestinya ya. Terdapat beberapa orang yang mempunyai kuasa adiwira.

Berikut kami kongsikan tiga orang dengan kuasa adiwira:

1. Lelaki Bateri

Slavisa Pajkic yang berasal dari Serbia mempunyai kebolehan bukan sahaja menahan renjatan eletrik sebanyak 20,000 volts malah mampu menghasilkan tenaga elektrik dari dalam badannya. Dengan mempunyai aliran elektrik dari badannya, dia boleh menghidupkan lampu, memasak dan memanaskan hanya dengan tapak tangannya. Manusia biasa akan cedera jika terkena 50 volts renjatan elektrik.

2. Lelaki Ais

Wim Hof atau dikenali sebagai lelaki ais merupakan seorang atlet dari Belanda. Dia terkenal kerana mempunyai kebolehan tubuh badan untuk berada di kawasan yang sangat sejuk. Dia diberi gelaran lelaki ais kerana pernah mendaki gunung Everest hanya memakai seluar pendek dan berkasut but sahaja. Dia memegang 26 rekod dunia seperti merendam di dalam air selama 1 jam 52 minit dan menahan nafas di lautan Kutub Utara selama 6 minit.

3. Kuasa Penglihatan

Veronica Seider yang berasal dari Jerman mempunyai kuasa penglihatan kerana mampu untuk melihat sesuatu dengan jelas dari jarak 1.5 kilometer. Kebolehan Veronica dikenal pasti pada tahun 1972 apabila Universiti Stuggard, Jerman menjalankan ujian penglihatan kepada pelajar. Dia mempunyai penglihatan 20 kali ganda lebih baik dari manusia biasa. Penglihatan Veronica adalah terbaik di dunia dan disamakan seperti sebuah teleskop.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca