Mampu Beri Keputusan Lebih Tepat, China Lakukan Ujian COVID-19 Melalui Dubur

Lebih setahun wabak COVID-19 ini melanda seluruh dunia. Sesiapa yang disahkan positif COVID-19 pastinya mengalami simptom seperti batuk, demam, selesema, hilang selera makan dan lain-lain.

Ujian mengenal pasti virus COVID-19 nampaknya tampil dengan kaedah yang lebih ekstrem iaitu melalui calitan dubur.

Difahamkan pilihan bagi menjalani ujian pengesanan melalui dubur dibuat setelah terdapat kajian yang menunjukkan individu yang disahkan negatif COVID-19 melalui ujian pada tekak bertukar pada positif apabila dikesan melalui ujian dubur.

Sumber: Vocket

Semasa kaedah ujian tersebut dijalankan, ia melibatkan pelapik dimasukkan sedalam tiga hingga lima sentimeter ke dalam rektum.

Ia kemudian diputarkan sebanyak empat ke lima kali sebelum dikeluarkan bagi mendapatkan sampel.

“Calitan melalui dubur boleh meningkatkan kadar pengesanan COVID-19 di mana kesan virus tersebut didapati bertahan lebih lama dalam dubur berbanding dengan saluran pernafasan,” kata Li Tongzeng yang merupakan doktor pakar di Hospital You’an Beijing.

Memandangkan kes makin meningkat di seluruh dunia, China memilih untuk jalankan kawalan lebih ketat bagi mengelakkan peningkatan kes di negara tersebut.

Sumber: NST

Menurut laporan AFP, setiap individu yang memasuki China perlu menjalani beberapa ujian COVID-19 dan melakukan kuarantin selama 14 hari sebelum dibebaskan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca