Mampu Angkat Objek 10 Sehingga 100 Kali Ganda Dari Berat Sendiri, Ini 7 Fakta Menarik Mengenai Semut

Semut merupakan haiwan yang sangat menakjubkan. Biarpun bersaiz kecil, semut mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri.

Berikut merupakan lapan fakta menarik mengenai haiwan ini.

1. Semut mempunyai dua perut

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semut sebenarnya mempunyai dua perut yang berbeza fungsinya.

Salah satu perut semut ini memegang peranan sebagai pusat penyimpanan makanan. Manakala bahagian yang satu lagi pula bertujuan untuk mengumpul makanan sebelum dikongsikan bersama semut lain.

2. Semut tidak mempunyai paru-paru

Oleh kerana semut mempunyai saiz badan yang kecil, haiwan ini tidak mempunyai ruang untuk menampung sistem pernafasan seperti manusia.

Namun begitu, semut mempunyai sistem pernafasannya yang tersendiri. Pada badan haiwan ini, terdapat beberapa lubang-lubang kecil yang mampu menyedut oksigen untuk disalurkan ke seluruh badan.

3. Semut mempunyai kekuatan yang luar biasa

Semut ini sangat berkebolehan iaitu boleh membawa berat sebanyak 10 hingga 100 kali ganda beratnya sendiri.

Kajian menyatakan bahawa saiz semut yang kecil ini menyebabkan ototnya mempunyai keluasan keratan rentas yang besar terhdap badanya. 

4. Semut boleh berenang

Semut mempunyai kelebihan terapung dan mampu bertahan di atas air dengan menggunakan teknik yang digelar doggy paddle.

Selain itu, haiwan ini juga sebenarnya mampu bernafas agak lama dalam air. Malah, sekumpulan semut juga mampu untuk membentuk pelampung untuk sama-sama bertahan di atas permukaan air.

6. Semut tidak mempunyai telinga

Tidak seperti haiwan lain yang mempunyai telinga, semut sebenarnya langsung tidak mempunyai organ pendengaran itu. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna semut ini pekak.

Semut menggunakan getaran sebagai alat untuk mendengar. Teknik ini digunakan untuk mencari makanan di luar dan sebagai isyarat kecemasan

7. Sesetengah spesies semut menghambakan semut lain

Terdapat banyak spesies semut yang wujud di dalam dunia ini. Namun begitu, hanya satu daripadanya yang dikenali kerana suka menghambakan spesies lain.

Semut yang hadir daripada spesies Polyergus Lucidus gemar menghambakan spesies semut lain dengan memaksa bekerja untuk mereka dan mencari makanan.

Kesimpulannya, semut merupakan spesies haiwan yang sangat menakjubkan. Meskipun mempunyai saiz yang kecil, kehebatan semut mampu menandingi haiwan yang jauh lebih besar daripadanya.

Penulis:

• Noor Azwanie bt Arifin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan
Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca