Maldives Iktiraf Lesen Memandu Domestik Malaysia, Bakal Bermula Bulan Hadapan

Malaysia dan Maldives akan saling mengiktiraf lesen memandu domestik yang dikeluarkan kedua-dua negara berkuat kuasa 12 September ini.

Memetik perkongsian Facebook Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berita baik ini merupakan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) dua hala pertama Malaysia dengan negara asing.

MRA itu ditandatangani Ka Siong dan Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Maldives Aishath Nahula di Kementerian Pengangkutan di sini, pada Jumaat.

“Menerusi MRA ini, rakyat kedua-dua negara boleh terus menggunakan lesen memandu domestik masing-masing dan memandu kenderaan bermotor dibenarkan dalam wilayah masing-masing tanpa perlu melalui proses mendapatkan lesen memandu tempatan atau membuat sebarang perubahan kepada lesen sedia ada mereka,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Maldives, Puan Yang Terutama, Aishath Nahula kerana sudi hadir untuk menandatangani MRA bersamanya di Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Kami berharap akan mempunyai lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan Maldives khususnya dalam sektor pengangkutan,” katanya.

Tambah beliau lagi, MRA ini akan memberi kemudahan kepada rakyat kedua-dua negara yang sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan sektor sosial dan ekonomi Malaysia serta Republik Maldives.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca