Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Rendah Dalam Kebebasan Internet

Malaysia adalah salah satu daripada negara paling rendah dalam indeks kebebasan internet.

Menerusi sebuah kajian yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan teknologi iaitu Comparitech, terdapat beberapa buah negara yang berjaya memasuki senarai tersebut.

Indeks itu adalah berdasarkan sekatan pada media sosial, laporan politik dan laman penstriman.

Sumber: Malaysiakini

Firma berpangkalan di United Kingdom itu mendapati Malaysia memperoleh enam daripada 10 mata mengikut skala mereka.

Paul Bischoff menerbitkan sebuah artikel bertajuk Tapisan Internet 2020: Peta Sekatan Internet Global.

Selain itu, sebuah laporan pada tiga bulan lalu menyaksikan Comparitech meletakkan Malaysia di kedudukan kelima terburuk dalam kajian mengenai aspek privasi dan pemantauan berbanding 47 negara dan wilayah lain di seluruh dunia.

Paul menjelaskan bahawa para penyelidik membuat perbandingan dalam kajian penerokaan tersebut untuk melihat negara mana yang paling mengenakan sekatan internet terhadap rakyatnya.

Tidak berhenti di situ, para penyelidik turut membuat perbandingan berkenaan untuk melihat penduduk negara manakah yang paling menikmati kebebasan dalam talian.

Jelasnya, “Ini termasuk sekatan untuk torrenting, media sosial, Virtual Private Network (VPN) dan sekatan atau penapisan berat media politik.”

black smartphone

Tambahnya, “Kami menilai setiap negara dalam lima kriteria, masing-masing bernilai dua mata. Satu mata diperolehi jika kandungan – torrent, media berita, media sosial, VPN – adalah terhad tetapi boleh diakses dan dua mata jika ia dilarang sepenuhnya.”

Paul mengakhiri laporan tersebut dengan berkata bahawa, “Lebih tinggi mata diperolehi bermakna lebih ketat penapisan dikenakan.”

silhouette of a person sitting in front of a laptop

Menurut laporan Malaysiakini, Korea Utara pula dinobatkan sebagai ‘juara’ dalam senarai tersebut.

Sudah tentu, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila negara itu memperoleh mata maksimum kerana Pyongyang mengawas penggunaan internet rakyatnya dengan sangat ketat.

Empat lagi negara terendah dalam indeks kebebasan internet berkenaan ialah China, Rusia, Turkmenistan dan Iran.

Sebagai perbandingan, negara lain yang berada di kedudukan lebih rendah daripada Malaysia ialah Belarus, Turki, Oman, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Eritrea.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai penggunaan internet, anda boleh baca pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca