Malaysia Tersenarai Antara 47 ‘Winning Country’ Dalam Perang Melawan COVID-19

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Malaysia dilihat semakin menghampiri kemenangan melawan wabak COVID-19 yang telah membunuh ribuan orang di seluruh dunia.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menjangkakan bahawa negara kita akan bebas sepenuhnya daripada wabak COVID-19 ini menjelang 14 Julai nanti.

Menerusi data yang dipaparkan di laman web Endcoronavirus.org yang dikendalikan American New England Complex Systems Institute (NECSI), Malaysia kini tersenarai sebagai salah sebuah daripada 47 negara yang sedang memenangi ‘perang’ melawan COVID-19.

Selain Malaysia, tiga negara jiran iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam turut tersenarai. Walau bagaimanapun, beberapa negara jiran yang lain seperti Indonesia, Singapura dan Filipina masih mempunyai kes jangkitan baharu yang tinggi.

Sementara itu di laman Facebook Public Health Malaysia juga turut mengemas kini perkembangan terbaharu ini. Rakyat Malaysia juga turut diingatkan agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diarahkan kerajaan.

Untuk rekod, kegiatan ekonomi negara telah dimulakan seperti biasa dan aktiviti-aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan. Para pelajar juga telah mula kembali ke sekolah.

Sumber: Merdeka.Com

Kami dari team Lejen Digital ingin turut sama mengingatkan anda agar terus menjaga kebersihan diri dan menjaga penjarakan sosial ketika di tempat awam. Semoga usaha kita dan petugas barisan hadapan tidak sia-sia. Semoga Tuhan lindungi Malaysia.

Sumber: MStar

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca