Malaysia Tempat Ketiga Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Di Asia, Kerajaan Mahu Ambil Tindakan

Menurut satu laporan media terdahulu, Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia dengan mempunyai seramai 42,500 sugar daddy.

India mengungguli senarai 10 teratas di Asia dengan jumlah 338,000 atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan sugar daddy di rantau ini.

Indonesia pula berada di tempat kedua dengan seramai 60,250 orang.

Baru-baru ini, platform Sugarbook turut mendedahkan senarai 10 teratas universiti yang mempunyai sugar baby di negara ini.

Sumber: Reddit

Termasuk dua universiti awam, seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terjebak dalam kancah tersebut.

Firma janji temu itu menyatakan bahawa negara dengan kos pendidikan yang tinggi terbukti lebih ramai berikutan pelajar dibebani hutang.

Berikutan dengan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bahawa pihaknya memandang serius dengan isu pelajar universiti terlibat dalam kegiatan ini.

Sumber: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat jika perkara yang dilaporkan itu benar.

“Kegiatan itu sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan pelajar universiti. Buat masa sekarang, kita akan beri kes ini kepada pihak berwajib untuk dilakukan siasatan.

Jika benar, tindakan akan diambil berdasarkan lunas-lunas undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Penyerahan Mesin Dialisis oleh PTNB dan Alam Flora di sini pada Khamis.

Sumber: Lowyat

Golongan pelajar menduduki tangga pertama paling ramai menjadi sugar baby diikuti dengan usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca