Tular video di laman sosial berkenaan seorang pelawak wanita Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia ketika membuat jenaka dalam satu program ‘ComedyCellarUSA’.
Menerusi video itu, Jocelyn dilihat bertanya latar belakang seorang penonton yang hadir.
Sebaik penonton itu menyatakan dirinya dari Malaysia, Jocelyn terus mengeluarkan makian kepada seorang penonton.
@jocelynchiacomedy The funniest part was after my set the host asked the Malaysians how they got it New York and they replied "we flew Singapore Airlines" 😂🇸🇬 @ComedyCellarUSA #malaysia vs #singapore #standup #beef #gotbeef #standupcomedy #jocelynchia #asian #asiancomedy #funny ♬ original sound – Jocelyn Chia
Bukan setakat itu, Jocelyn turut membandingkan negara asalnya dan Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik daripada segi pembangunan.
“Selepas 40 tahun kami (Singapura) sudah menjadi sebuah negara bertaraf dunia. Manakala kamu (Malaysia)…di mana kamu sekarang? masih sebuah negara yang sedang membangun,” katanya dengan wajah sinis.
Beliau dalam jenakanya turut memperlekeh tragedi kehilangan MH370 serta merendahkan capaian internet di negara ini.
“Pesawat Malaysia Airlines hilang tak kelakar ke?” selorohnya yang disambut dengan hilai tawa penonton.
“Saya akan dapat ulasan (review) buruk daripada orang Malaysia. Tak apa. Mereka tiada internet.”

Jenaka keterlaluan Jocelyn mengundang kemarahan netizen Malaysia yang meluahkan perasaan menerusi ruangan komen pada video yang tular itu.
“Lebih baik simpan lawak itu untuk diri sendiri, tak kelakar mempermainkan tragedi MH370, jika kamu salah seorang keluarga mangsa tentu kamu tak buat lawak begitu,” komen netizen.
Isu ini perlu diambil tindakan kerana boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Sehingga kini pelawak itu masih belum membuat permohonan maaf.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: