Malaysia Sedia Bantu Australia Padam Kebakaran

Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi mambantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bantuan itu termasuk penghantaran anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), aset dan pengawai untuk membantu memadamkan kebakaran dengan secepat mungkin dan bagi menyokong operasi menyelamat Australia.

“Saya amat sedih apabila mengetahui keadaan buruk kebakaran itu yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan di Australia.”

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin melahirkan rasa takziah saya kepada mangsa, keluarga mereka dan semua yang terbabit. Doa kami mengiringi bersama-sama rakyat Australia semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam akaun Facebook rasmi beliau.

Menurut laporan media, seramai 24 orang terkorban dan hampir 2,000 rumah musnah apabila kebakaran hutan yang memusnahkan tiga negeri di Australia membabitkan kebakaran kira-kira lima juta hektar tanah.

Untuk baca artikel yang berkaitan kebakaran di Australia, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca