Malaysia dimahkotakan sebagai negara ke-25 paling seksi di dunia oleh Big 7 Media, sebuah laman web pelancongan antarabangsa mengikut laporan The Star. Manakala Ireland diundi sebagai negara paling tidak seksi.
Mereka telah meninjau sebanyak 1.5 juta orang di seluruh dunia bagi mencari di manakah terletaknya kebanyakan orang paling cantik di dunia.
Terma ‘seksi’ itu tidak spesifik dan terletak pada tafsiran responden tinjauan kerana menurut kamus Merriam-Webster, seksi itu dikelaskan sebagai menarik.
Hasil tinjauan mendapati rakyat Malaysia berada di tempat ke-25, mendahului Amerika (ke-45), Jerman (ke-44), Sweden (ke-38), Thai (ke-36), Russia (ke-33), Cina (ke-31), Iran (ke-26) dan lain-lain.
Menurut The Star dan Big 7 Media itu lagi, personaliti terkenal dunia dan berpengaruh yang berasal dari Malaysia seperti Datuk Jimmy Choo, Amber Chia dan Tan Sri Michelle Yeoh mungkin membantu menaikkan negara kita di mata dunia.
Top 10 Rakyat Negara Paling Seksi
1. Ukraine
2. Denmark
3. Filipina
4. Brazil
5. Australian
6. Afrika Selatan
7. Itali
8. Armenia
9. Inggeris
10. Kanada