Malaysia Mencatat 1,684 Penunggang P-Hailing Maut Sepanjang Tempoh 9 Bulan PKP Berlangsung

Dalam senang, ada susahnya. Dalam riang, ada dukanya. Begitulah nasib rakyat dalam menempuh cabaran dan ujian berat yang menimpa diri serta keluarga semasa musim pandemik ini. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diwujudkan di Malaysia sejak tahun lalu telah mencatat peningkatan yang sangat ketara dalam perkhidmatan ‘p-hailing’ yang melibatkan penunggang penghantaran makanan. 

Golongan ini bekerja keras dari awal pagi sehingga lewat malam akibat pandemik ini kerana terikat dengan kekangan kewangan bagi menampung tanggungan harian. Pendapatan mereka sepenuhnya bergantung pada jumlah penghantaran makanan yang dicapai setiap hari.

Adakah mereka ini terlalu tamak dalam ‘mengejar doket’ sehingga kebajikan dan keselamatan diri sendiri terabai? Siapakah pihak yang bertanggungjawab?

sumber: stomp

Acap kali kita dengar dan baca mengenai kemalangan yang melibatkan penunggang p-hailing ini yang rata-ratanya merupakan golongan muda dalam lingkungan umur 20-an.

Dalam tempoh sembilan bulan pelaksanaan PKP di negara kita, sebanyak dua pertiga atau 1,684 daripada 2,576 kes kematian yang melibatkan penunggang motosikal telah direkodkan ke atas rider makanan ini. 

sumber: bharian

“Kami hantar order mengikut timing sistem, kalau terlewat akan jadi sia-sia.” Itu yang disuarakan oleh Mohd Yunus Ahmad Madi dalam sesi soal jawabnya bersama Buletin TV3 sebagai penunggang p-hailing baru-baru ini. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab, namun nasib mereka di atas jalan raya belum tentu terjamin sepenuhnya. 

“Syarikat hanya fikirkan rating dan keuntungan tapi soal keselamatan penunggang seperti melepas batuk di tangga,” ujar Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani kepada Berita Harian tempoh hari. Beliau turut menggesa campur tangan kerajaan bagi melihat dan memahami isu sebenar di sebalik perkhidmatan p-hailing ini.

sumber: The Star

Pada 9 April 2021, sebuah kempen keselamatan bagi penunggang p-hailing telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Ia akan berlangsung selama enam bulan iaitu sehingga September 2021 bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya.

Apa yang boleh anda katakan tentang isu ini?

Artikel lain untuk dibaca:

Sumber: Buletin TV3, The Star, Berita Harian

Artikel Lain Untuk Di Baca