Search
Close this search box.

Malaysia Kini Telah Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19 – Dr. Noor Hisham

Berikutan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa negara Malaysia kini telah memasuki gelombang ketiga pandemik berbahaya itu.

Sehubungan itu, Dr. Noor Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

“Kita sekarang telah memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita,” tulisnya dalam hantaran di Facebook semalam.

Setakat semalam, sebanyak 375 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.

Dalam pada itu, lima kes kematian berkaitan jangkitan COVID-19 juga telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 146 kes.

Untuk baca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca