Malaysia Diiktiraf Antara 5 Negara Terbaik Mengawal COVID-19

Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19 yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia merupakan antara lima negara terbaik dalam mengawal pandemik COVID-19.

Sumber: Bernama

Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil daripada pengorbanan dan usaha gigih barisan hadapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu negara dalam melandaikan kes perkembangan COVID-19 sehingga kes menjunam kepada 1 angka beberapa hari lepas.

“Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global.

“Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi.

“Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

“Hari ini (semalam) memasuki hari ke-89 rakyat Malaysia menjalani PKP, yang pastinya agak sukar pada peringkat permulaannya apatah lagi pandemik terpahat sebagai sejarah kehidupan kita, ada juga antara kita terpaksa menghadapi kawalan yang sangat ketat apabila PKPD diperkenalkan,” jelasnya.

Untuk rekod, sejak 10 Jun yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyaring 2,921 individu di semua pintu masuk negara dan daripada jumlah itu, 2,911 didapati negatif manakala 10 individu yang positif dibawa ke hospital untuk rawatan.

Syabas kepada semua rakyat Malaysia yang turut membantu melandaikan lengkung pandemik ini.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19 anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca