Baru-baru ini, terdapat laporan media yang mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam 40 buah negara yang dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim kerana negara ini didakwa kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun menjelaskan bahawa Malaysia tidak menerima undangan ke sidang tersebut kerana bukan tergolong dalam kategori negara terdedah kepada impak perubahan iklim ketara.

Kenyataan beliau yang secara khusus telah merujuk kepada kriteria menentukan sama ada sebuah negara itu diundang atau tidak telah menjadi bualan ramai.
Bukan itu sahaja, tinjauan kami di laman Twitter mendapati orang ramai turut mengkritik kenyataan beliau dan berkata perubahan iklim ketika ini telah meninggalkan kesan kepada ramai orang:
Apakah nasib Msia ada Menteri Alam Sekitar sebegini?
— Lim Wei Jiet 🇲🇾 (@limweijiet) April 7, 2021
Perubahan iklim akan ada impak ketara kpd Msia – penurunan hasil tuaian, kehilangan biodiversiti, kekerapan banjir.
Generasi muda yg paling terkesan.
Jika PAS taktau mentadbir, sila letak jawatan.https://t.co/Dz0UOnJNtV
Clueless betul. Dah ada kajian bandar yang terletak kat pesisir pantai di Malaysia akan terkesan dgn kenaikan paras air laut tahun 2050.https://t.co/npuv3PqOQX https://t.co/ECinrT2jqu
— Haikal De Gea (ハイカル) (@hackerunited) April 7, 2021
Otw balik Sabak Bernama, nelayan2 yang jual mentarang tepi jalan pernah komplen, panas tak tentu sekarang so musim mentarang pon tak tentu, jadi bisnes mentarang tepi jalan tu pon banyak suffer kena cari bisnes lain. https://t.co/DE3v6Rjjv2
— DaRurat (@Dafrosty) April 7, 2021
We are immune to climate change? pic.twitter.com/Rvr6Txql4t
— Syahredzan Johan (@syahredzan) April 6, 2021
Tak cukup obvious lagi ke tanda2 climate change kat Malaysia ni?
— Aiman (@mistaaimanvevo) April 7, 2021
– Hakisan pantai
– Panas terik melampau
– Musim hujan/panas tak menentu
– Reduced agricultural yields
– Increase in sea level and sea water temperature
– Kawasan tanah tinggi dah tak sejuk macam dulu
Cuaca yang tidak menentu ini telah menyebabkan banjir, hasil tangkapan nelayan berkurangan dan banyak lagi.
Dalam pada itu, satu kajian daripada beberapa buah universiti di United Kingdom pada bulan lalu telah meramalkan penarafan kredit Malaysia sebagai antara yang paling teruk terjejas kerana perubahan iklim.
Satu perkara yang pasti, isu pemanasan global dan perubahan iklim ini menjadi perhatian umum kerana ia akan memberi kesan pada sektor ekonomi dan juga semua kehidupan di dunia. Apa pula pendapat anda berkenaan isu ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: