Malaysia dan Filipina Sepakat Untuk Mengiktiraf Sijil Vaksinasi

Kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina telah mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera sementara pengembara dari Filipina dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.

“Kemasukan pengembara juga tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara.”

“Persetujuan tersebut telah membolehkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila pada 13 Februari lalu untuk memasuki Filipina atas tujuan rasmi dan perniagaan”

Wisma Putra memaklumkan Kerajaan Malaysia dan Filipina juga telah sepakat untuk meneruskan kerjasama ke arah verifikasi ketulenan terhadap sijil vaksinasi COVID-19 bagi kedua-dua negara secara atas talian dengan sistem yang lebih selamat dan terjamin bagi memudahkan laluan kemasukan pengembara yang telah lengkap divaksinasi tersebut.

Pada dasarnya, Wisma Putra memaklumkan kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang telah lengkap menerima vaksin yang diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara-negara tertentu.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan-kerajaan negara lain.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca