“Malaysia Akan Isytihar Bebas COVID-19 Jika Tiada Kes Dalam Tempoh 28 Hari.” – Dr. Noor Hisham

Sidang media perkembangan COVID-19 yang berlangsung jam 5 petang semalam, oleh Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan mengenai pertambahan sebanyak 31 kes positif baharu dengan 51 kes sembuh.

Walau bagaimanapun hanya 1 penularan membabitkan warga tempatan dengan 11 kes import tanpa sebarang kematian.

Menjawab pertanyaan soalan daripada wartawan berkaitan ujuran masa yang boleh dicapai oleh Malaysia dalam mengisytiharkan bebas COVID-19, Dr. Noor Hisham menjelaskan bahawa pihak KKM menggunakan kaedah 28 hari sebelum mengistiharkan penamatan beberapa kluster.

“Kalau kita lihat, kita dapat menamatkan satu kluster dengan memakan masa 28 hari. Justeru, sekiranya kita menggunakan kaedah pemantauan sama dan tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan mengumumkan bebas COVID-19.

“Itulah penanda aras kita,” katanya pada sidang media semalam.

Selepas hampir 3 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, Malaysia kini di fasa pemulihan dengan banyak kelonggaran telah diberikan kepada rakyat.

Hal ini bukan sahaja kerana jumlah kes yang sudah mulai berkurangan bahkan turut disebakan kepatuhan dan kerjasama rakyat Malaysia yang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sehingga penularan secara berskala besar dapat diputuskan buat masa ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca