Malaysia Airlines Tawar Diskaun Hebat Menerusi Travelganza

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25% tambang ke semua destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines menerusi Travelganza Deals mulai hari ini sehingga 24 Februari 2019.

Tawaran itu boleh didapati menerusi laman web www.malaysiaairlines.com, aplikasi Malaysia Airlines dan ejen-ejen pelancongan yang mengambil bahagian untuk perjalanan serta-merta hingga 31 Julai 2019 ini.

“Tambang dua hala termasuk semua dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula serendah RM129 bagi kelas ekonomi dan dari RM519 kelas perniagaan,” ujarnya.

“Destinasi yang ditawarkan termasuk Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Jakarta, Phuket, Manila, Guangzhou, Chongqing, Fuzhou, Hong Kong, Tokyo, New Delhi, Bengaluru, Brisbane dan Adelaide serta destinasi terbaharu, Kochi,” kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada promosi tersebut, Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai tawaran menarik lain termasuk potongan 15% ke atas perkhidmatan tambahan premium syarikat penerbangan itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca