Maksud Tersirat Di Sebalik Warna Bunga Ros, Jangan Salah Pilih!

Setiap perkara akan ada maksud yang tersendiri. Semua tahu yang bunga ros adalah simbol percintaan, tetapi warna-warna yang berbeza memberi makna yang berlainan. Berikut kami kongsikan maksud tersirat di sebalik warna bunga ros:

1. Merah: Warna klasik yang simple, cara yang romantik untuk memberitahu “I love you”. Ia juga menjadi lambang cinta sejati.

2. Merah jambu: Warna merah jambu bermaksud kebahagiaan, kekaguman dan anggun. Ia juga ros yang digunakan sebagai ungkapan simpati.

3. Kuning: Ros kuning menandakan persahabatan yang karib. Ia merupakan cara anda menghargai kegembiraan yang rakan anda telah beri.

4. Lavender: Memberi makna cinta pandang pertama. Jika diberi setiap hari, ia sebagai peringatan tentang cinta anda dan keinginan untuk meneruskan hubungan tersebut.

5. Putih: Ros putih selalu digunakan ketika majlis perkahwinan untuk melambangkan permulaan baru. Ia juga memberi makna kesucian dan peringatan kepada yang tersayang.

6. Hijau: Warna hijau melambangkan kehidupan. Ros hijau pula akan melambangkan semangat dan menjadi sebuah utusan keceriaan.

7. Jingga: Menghadiahkan ros jingga kepada seseorang memberi impak bahawa anda bersemangat romantis dan ingin berkongsi keseronokan berada dalam hubungan cinta ini.

8. Biru: Memandangkan ros biru tidak boleh diperoleh secara semula jadi, ia melambangkan sesuatu yang tidak dapat dicapai atau misteri. Sebagai contoh, “Saya tak boleh memilikimu, tetapi saya tak boleh melupakanmu”.

9. Krim: Melambangkan kepesonaan dan pemikiran terhadap seseorang. Pemberian ros ini kepada seseorang adalah salah satu cara menyatakan ucapan terima kasih kepada mereka.

10. Pelangi: Ros pelangi sebenarnya adalah ros putih yang batangnya dipotong kemudian direndam ke dalam pewarna yang pelbagai. Ia melambangkan kebahagiaan.

11. Hitam: Ros berwarna hitam melambangkan perasaan yang telah mati atau perpisahan. Memberi ros hitam kepada seseorang melambangkan pengakhiran hubungan dengan mereka.

Dengan mengetahui maksud setiap ros, mungkin kita akan lebih bijak untuk memberikannya kepada pasangan kita mengikut warna yang sesuai.

Penulis

  • Shazwin Sahmir adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca