Maksud Di Sebalik Posisi Tidur Si Comel

Setiap kucing mempunyai posisi tidur pilihan mereka sendiri. Namun, tahukah anda bahawa cara kucing tidur dapat memberikan gambaran tentang apa yang sedang mereka fikirkan?

Mari kami kongsikan maksud di sebalik posisi tidur si comel.

1. Posisi tidur perut ke atas (belly up position)

Sekiranya kucing anda tidur dalam posisi perutnya ke atas, ia berasa sangat selesa, gembira dan selamat berada di rumah anda. Ini juga adalah tanda bahawa si comel memandang anda sebagai rakan mereka yang dipercayai.

2. Posisi tidur melengkung (curled up)

Posisi tidur seperti ini menandakan kucing anda berasa selamat. Sesetengah haiwan lain juga tidur dalam posisi ini untuk mengekalkan kehangatan sambil melindungi organ penting mereka.

Sekiranya kediaman anda dilengkapi penghawa dingin, anda mungkin akan lebih kerap melihat posisi tidur seperti ini berbanding kediaman yang menggunakan kipas.

3. Posisi tidur dengan mata setengah tertutup (half eye shut)

Kucing memiliki kemahiran yang sangat berguna iaitu mereka dapat bangun dan tidur secara serentak. Kemahiran ini membuatkan mereka berjaga-jaga dengan persekitaran mereka. Sekiranya kucing anda tidur dengan satu mata terbuka dan satu mata tertutup, kemungkinan si comel sedang tidur tetapi cukup sedar untuk bertindak balas terhadap ancaman yang akan datang.

4. Posisi tidur seperti roti (loaf position)

Anda dapat lihat posisi ini apabila kucing anda duduk tegak tetapi meletakkan kaki depan di bawah badannya. Posisi ini bermaksud kucing anda tidak ingin tidur lama dan hanya sekadar berehat sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

5. Posisi tidur kaki di atas muka (paw above the face position)

Sekiranya anda lihat si comel tidur dengan posisi ini, ia bermaksud kucing anda tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Anda akan dapat lihat posisi ini apabila kucing anda sedang tidur dengan nyenyak.

Posisi ini juga lebih kerap terjadi pada waktu siang apabila keadaan terlalu cerah dan menyebabkan mereka rasa tidak selesa lalu mereka akan menggunakan kaki hadapan mereka untuk menutup mata.

Untuk memastikan kucing anda tidur dengan nyenyak, anda perlu mendapatkan sangkar kucing atau katil kucing yang selesa. Lakar & Reka, sebuah perniagaan di Lembah Klang ada menyediakan 5 jenis rekaan katil kucing kayu pine yang selesa dan sesuai untuk kucing anda. Tempat tidur kucing yang selesa sedikit sebanyak akan membantu anda memahami posisi tidur si comel.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut berkenaan katil kucing kayu pine di Lakar & Reka, anda boleh membuat tempahan atau pembelian di talian ini atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram

Untuk baca artikel lain berkaitan si comel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca