Pantang larang orang Melayu merupakan sebuah panduan untuk mendidik tidak kira tua atau muda ke arah yang lebih baik. Ada pantang larang yang masih kita ikut dan ada juga pantang larang yang sudah ditinggalkan oleh masyarakat zaman sekarang.
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan sekadar untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang tersebut.
Anda tahu apa maksud tersembunyi dalam pantang larang tersebut? Ok, kami akan kongsikan maksud yang hendak disampaikan melalui pantang larang orang terdahulu.
1. Anak Dara Jangan Menyanyi Di Dapur, Nanti Kahwin Dengan Orang Tua
Jika difikirkan secara logik, mana ada nyanyian yang boleh menyebabkan makanan yang dimasak menjadi hangit tetapi mereka tidak mahu air liur terpercik ke dalam makanan. Selain itu, mengelakkan tersalah letak bahan makanan akibat terlalu leka bernyanyi.
2. Tak Baik Duduk Di Depan Pintu, Nanti Tak Ada Orang Nak Masuk Meminang
Ingatlah, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jelas sekali soal jodoh tiada kena-mengena dengan di mana kita duduk sama ada di depan pintu atau di tempat yang lain. Tetapi, orang tua menasihatkan begitu kerana mereka tidak mahu orang yang mahu lalu lalang di pintu itu tersebut berasa terganggu.
3. Jangan Duduk Di Atas Bantal Kerana Dipercayai Boleh Naik Bisul
Pantang larang yang ini juga sering didengar oleh kita semua. Ramai yang percaya bahawa duduk di atas bantal akan mendapat bisul di bahagian punggung. Namun, menurut Perubatan Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, bisul terjadi apabila individu kerap berpeluh serta kulit mengalami geseran. Jadi, tiada kena mengena duduk atas bantal, punggung akan bisul.
Hal ini kerana orang dahulu menganggap tidak sopan jika barang yang digunakan untuk lapik kepala diletakkan di bawah punggung.
4. Kalau Makan Nasi Kena Habiskan, Kalau Tidak Nasi Akan Menangis
Pasti ada dikalangan pembaca percaya tentang pantang larang ni kan? Sebenarnya, orang tua ingin mengelakkan berlakunya pembaziran dan sentiasa tidak bersikap tamak ketika mengambil makanan. Lagipun membazir tu kan amalan syaitan.
5. Jangan Lalu Bawah Kain Jemuran, Nanti Sakit Kepala
Jika mengikut logik sains, sakit kepala berpunca daripada keadaan cuaca dan tidak ada kena mengena langsung dengan lalu di bawah kain jemuran. Pantang larang ini wujud kerana orang dahulu takut jika kain jemuran jatuh, satu kerja pula nak cuci semula kain jemuran telah jatuh.
Mengikut pengalaman korang, mana satu pantang larang yang masih korang amalkan? Baik atau buruk, sedikit sebanyak pantang larang ini mungkin membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Sumber: Prezi