Makhluk Mutasi Atau Dikatakan Menyerupai Alien Ini Menggemparkan Warganet

Kecoh dunia laman sosial di Facebook dengan kehadiran satu video berdurasi 47 saat. Video itu dirakam oleh seorang lelaki Indonesia, Hari Taoe ketika di rumahnya, di Bali. Hari Taoe merakam seekor makhluk aneh yang kelihatan merangkak dan berterbangan sekitar bumbung siling rumahnya.

Hari Taoe berkata kemungkinan serangga tersebut mendapatkan perlindungan di rumahnya kerana malam itu hujan. Dia juga mendapati bahawa makhluk tersebut mempunyai empat tentakel yang bergerak-gerak, dua sayap dan seolah-olah kakinya itu mengcengkam siling rumah.

“Saya akan membiarkan serangga ini tinggal di rumah saya cuma untuk malam ini sahaja. Saya tidak mahu makhluk tersebut menakutkan para tetamu yang hadir ke rumah saya”.

“Serangga tersebut adalah suatu spesis yang saya tidak pernah nampak sebelum ini. Saya tidak fikir ia datang dari kawasan kejiranan ini,” tambah Hari Taoe. Dia juga berjenaka bahawa makhluk tersebut kelihatan seperti alien atau makhluk yang telah termutasi.

Video tersebut telah mencetuskan pelbagai versi anggapan warganet terhadap makhluk misteri tersebut.

Makhluk yang menyerupai lipan, badan berwarna merah dan ala-ala ulat beluncas serta mempunyai tentakel yang panjang ini sebenarnya adalah sejenis kupu-kupu yang hampir pupus. Serangga ini adalah spesis yang jarang dijumpai.

Nama saintifik untuk serangga ini ialah creatonotos gangis. Ciri-ciri kakinya yang berbulu boleh menggelikan sesiapa yang melihatnya sehingga meremang bulu roma.

Spesis kupu-kupu ini dikenali saintis dengan habitatnya yang gemar merosakkan pokok delima dan tentakel berbulunya itu yang berfungsi sebagai penarik pasangannya di mana organ derianya iaitu corematan menghasilkan pheromone hydroxydanaidal.

Alien? Mutasi? Tidaklah, haiwan ini cuma makhluk yang hampir pupus dan jarang dijumpai sehingga mewujudkan spekulasi manusia dek rupa dan bentuk yang pelik dan aneh.

Artikel Lain Untuk Di Baca