Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Australia, Dipenuhi Timbunan Baru Karang

Penemuan misteri satu makhluk yang dipenuhi timbunan batu karang mengejutkan orang ramai yang berada di pesisir Pantai Greenhills di Sydney, Australia.

Lagi bertambah mengejutkan apabila makhluk tersebut bergoyang seperti sedang berada di dalam laut.

Penduduk tempatan berkata mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini.

Vicki Hansen yang merakam kejadian itu memberitahu bahawa dia sedang berjalan dengan anjingnya pada pagi Sabtu apabila dia melihat makhluk yang menarik itu.

“Saya melihat banyak batu karang itu yang tergantung lemas tetapi ketika saya membongkok untuk melihat dengan lebih jelas, saya melihat beberapa daripada mereka bergerak, hampir seperti tarian perlahan,” katanya.

“Walaupun benda itu agak pelik tetapi ia cantik pada masa yang sama.”

Salah seorang pengunjung di situ pula berharap air laut pasang akan membawa hidupan tersebut kembali ke laut.

Namun begitu, timbunan haiwan berkenaan kelihatan seolah-olah sudah mati kerana tiada sebarang pergerakan.

Sumber: Alchetron

Jika dilihat dengan lebih teliti makhluk tersebut, ia berkemungkinan sejenis teritip spesis Lepas Anatifera.

Teritip jenis itu merupakan teritip pelagik yang melekat pada pelbagai objek terapung termasuk kayu hanyut, botol, bot, pelampung, rakit dan penyu.

Sebelum ini, terdapat lambakan hidupan laut aneh lain yang terdampar di pantai Australia yang dikenali sebagai Naga Rumpai Laut (Seadragons).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca