“Makeup Has No Gender.” – Lelaki Ini Buktikan Bersolek Bukan Hanya Untuk Wanita Sahaja

Bersolek dan menyolek seseorang ataupun dengan lebih jelas lagi industri kecantikan ini biasanya diterajui oleh kaum hawa. Wanita lebih tertumpu dengan pelbagai produk kecantikan untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih menawan.

Pasti apabila anda membuka media sosial, ada kaum hawa yang berswafoto, membuat pelbagai review produk serta tutorial dan dimuatnaik di laman YouTube.

Namun tahukah anda, kini sesetengah Sang Jejaka sudah memberi perhatian kepada industri kecantikan ini dan menjadikan ia sebagai kerjaya mereka. Ada di antara mereka sudah menjadi jurusolek profesional. Kata orang tak manislah kalau lelaki memakai alat solek ini.

Daniall Azizi, 22 Tahun

Muhammad Aizal Danial bin Azizi atau lebih dikenali Daniall Azizi menjalankan tugas sebagai Key Makeup Artist di sebuah syarikat seni terkenal iaitu Enfiniti Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tiara Jacquelina dan Engku Imran untuk pementasan Teater Ola Bola The Musical Season 2.

Antara pelakon tanah air yang mendapat sentuhan beliau dalam pementasan Ola Bola The Musical adalah Iedil Putra, Nabila Huda, Altimet, Luqman Hafidz serta Hafeez Mikhail. Beliau merupakan makeup artist termuda di dalam produksi tersebut.

Pelajar Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam pengajian Teater Sinografi ini mengorak langkah ke bidang solekan ini semasa beliau berumur 19 tahun. Cara beliau mempelajarinya adalah dengan melihat video tutorial di media sosial dan mencubanya di muka sendiri.

Dengan ilmu yang sudah dipelajari, beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan makeup buat majlis graduasi, majlis annual dinner dan pementasan teater. Selepas itu, beliau memberanikan diri untuk memberi servis solekan pernikahan dan sanding.

“Bagi saya, ini adalah nikmat dan anugerah yang dikurniakan daripada Allah SWT dan dengan kesempatan ini, saya perlulah menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin,” kata Daniall.

For me, makeup has no gender. Ia merupakan salah satu seni yang dekat dengan diri seseorang dan kita praktikkan dalam kehidupan seharian bagi menjaga penampilan agar tampil dengan lebih yakin dan berani,” ujar beliau apabila ditanya tentang perspektif masyarakat kepada beliau apabila lelaki bermain dengan alat solek.

Beliau juga berharap agar masyarakat sentiasa menerima golongan lelaki untuk meneruskan bidang ini yang juga menjadi sumber pendatapan bagi mencari rezeki dan menampung kehidupan mereka.

Penulis

  • Muhammad Nabil Zahanuddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca