Sebelum anda mengemas dapur anda dan membuang makanan berdasarkan tarikh luput, anda perlu tahu terlebih dahulu makanan yang mempunyai tarikh hanyalah sebagai cadangan dan panduan untuk kita supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingin.
Namun, terdapat sesetengah makanan boleh bertahan selama-lamanya dan ada makanan yang masih boleh dimakan walaupun telah melepasi tarikh luput tersebut.
Jadi, kami kongsikan 5 makanan yang mempunyai jangka hayat paling panjang dan bertahan selama-lamanya.
1. Pasta Kering
Pasta kering dianggap sebagai makanan biasa bagi mereka yang membuat senarai makanan kecemasan jika berlakunya bencana alam.
Tapi sebelum anda ingin membeli dan menyimpan pasta dalam jumlah yang banyak, anda harus tahu bahawa jangka hayat makanan ini hanyalah bertahan selama 2 hingga 3 tahun sahaja.
Namun, jangka hayatnya boleh bertambah kepada 8 hingga 10 tahun jika diletak di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat kering.
Akan tetapi, anda mungkin terpaksa memakan pasta tanpa kuahnya kerana sos tomato atau tomato dalam tin hanya boleh bertahan selama 18 hingga 24 bulan sahaja.
2. Susu Tepung
Susu tepung penuh lemak boleh bertahan dari 2 hingga 5 tahun dan susu tanpa lemak boleh bertahan sehingga 25 tahun.
Seperti makanan dalam senarai ini, jangka hayatnya boleh dilanjutkan jika disimpan di tempat sejuk dan kering terutamanya di dalam peti sejuk.
Ini hanya untuk susu tepung dan bukan susu formula untuk bayi, yang hanya boleh bertahan selama setahun. Jangan beri bayi anda minum susu tepung yang lebih daripada setahun kerana ia boleh membahayakan si kecil.
3. Beras Putih
Semua orang tahu bahawa nasi perang lebih sihat dan berkhasiat berbanding nasi putih, namun ia hanya boleh bertahan selama 4 hingga 6 bulan sahaja.
Jadi, jika anda ingin jimat wang dan menyimpan stok beras untuk jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah beras putih.
Hal ini kerana, apabila beras putih disimpan di tempat yang sejuk dan kering di dalam bekas kedap udara, ia dianggarkan akan kekal dalam keadaan baik selama 30 tahun.
Sesetengah percaya bahawa jika beras putih disimpan dalam peti sejuk, ia sebenarnya boleh kekal segar selama-lamanya.
Disebabkan beras amat mudah didapati, maka kita tidak perlu lakukan sebegini. Namun, jika berlakunya bencana alam atau sesuatu yang tidak diingini, maka anda tahu bagaimana untuk mengekalkan kesegaran beras.
4. Kopi Segera
Berita baik untuk peminat kopi di mana kopi segera boleh bertahan selama 2 hingga 20 tahun dalam suhu bilik. Dan jika anda menyimpannya di dalam peti sejuk, ia boleh bertahan selama-lamanya.
Selain itu, memandangkan kopi segera juga memerlukan gula, anda tidak perlu risau kerana gula putih juga mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu sekitar 2 tahun dan 4 tahun jika diletakkan di dalam bekas kedap udara dan di tempat yang kering.
5. Madu
Dan yang terakhir dalam senarai makanan jangka hayat selamanya adalah madu, yang merupakan satu-satunya makanan yang tak akan pernah luput.
Madu telah ditemui di dalam periuk tanah liat yang bertarikh dari zaman Mesir kuno, membuktikan bahawa ia masih mempunyai rasa yang baik walaupun sudah beribu tahun berlalu.
Rahsia di sebalik jangka hayat yang kekal adalah kandungan gula yang tinggi. Ia juga sangat berasid, jadi bakteria tidak mempunyai peluang untuk berkembang.
Madu telah dikenali sebagai “makanan super” dengan banyak manfaat kesihatan. Ia tinggi dengan antioksidan, membantu menyekat batuk dan ia juga terbukti dapat membantu menyembuhkan luka dan luka terbakar.
Jadi, apa pendapat anda tentang senarai makanan di atas?