Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah pada setiap hari.
Lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan hidangan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, daging stik dan ikan todak.
Walaupun tindakan itu diluar jangkaan tetapi setakat ini dia tidak mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.
Cabaran yang dilakukan itu turut dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment. Dia turut berkongsi tentang diet hariannya dengan peminat.
Menurutnya, dia hanya memasukkan daging lembu itu ke dalam mulut dan menelannya. Ini kerana tiada proses mengunyah yang perlu dibuat sekiranya dia memakan daging mentah.
Lelaki tersebut akan menyaluti makanan dengan telur mentah atau susu sebelum memakannya. Bahkan dia juga pernah mencuba hati lembu yang mentah dan susu unta.
“Disebabkan kos yang rendah, ia memudahkan pengambilan satu paun dalam masa 4 minit dengan mengumpul 800 kalori lembu yang boleh diserap dan dihadam dengan sempurna,” ujarnya.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa sebelum ini pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan. Kemudian dia pula beralih kepada daging.
Bagi mereka yang bimbang tentang cara pemakanannya, lelaki itu telah menjelaskan kadangkala dia masih menjamah kentang, nasi dan ayam yang sudah dimasak. Kini dia masih meneruskan cabaran itu sehingga hari ke-80.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: